WORDLESS WEDNESDAY : TUGAS YANG BERAT


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Inilah tugas yang paling check tak suka. Nak pula, kalau yang bercakap tu suaranya slow, cakap laju, pahtu kejap-kejap speaking London.

Tapi, cheq tetap buat yang terbaik. Sebab tu setiap kali ada meeting yang penting, cheq kena catit minit.

Giveaway: Happy Birthday Aireen! by Elsaalicious & Sponsors


KLIK BANNER UNTUK JOIN

SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI!

Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Jika penyertaan kurang daripada bilangan seperti yang dicari, kemungkinan seorang pemenang boleh menang banyak hadiah. Siapa tahu kan hehe. AYUH PAKAT RAMAI RAMAI UNTUK JOIN! KLIK BANNER

GILA MEROYAN: PENYAKIT KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN

Sabtu lepas, lebih kurang jam 3 petang, cheq bangun tidur (baru abid kerja 24 jam) dah kecoh dalam wassap group kata ada kes bunuh. Yess, kes yang kecoh sekarang ni, iaitu kes seorang ibu menggelar baby dia yang berumur 2 + bulan sampai mati. Cheq pada mulanya memang tak sanggup nak tengok gambaq baby tu, sedih. 

Kalau difikirkan, takkan seorang ibu yang normal sanggup mengelar anak dia sendiri sampai mati. Ibu yang normal, kalau nampak luka sikit pun kat anaknya, mesti sakit hati sendiri.

Jadinya, pelbagai persoalan timbul. Semasa ditahan ibu ni sedang meracau-racau dan pernah mengadu mendengar bisikan supaya membunuh anaknya itu. Ibu ni jugak sekarang di tahan di wad pesakit mental dan seringkali meminta untuk menyusukan bayinya.

Itulah sebabnya orang-orang tua kata, ibu yang masih dalam pantang ni kena dijaga emosinya dan jangan dibiarkan keseorangan. Sebab kita tak tahu apa yang berada dalam fikirannya dan tak mustahil kejadian yang sama ini jugak berlaku. Iaitu penyakit yang dipanggil GILA MEROYAN.

Apa itu Gila Meroyan?

Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak. Ianya disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri.

Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadan mental & fizikal yang LEMAH. Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan. Sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain. Dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan. Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.

Antara tanda-tandanya adalah
- bercakap seorang diri
- berhalusinasi
- berfikir hal tidak rasional
- was-was
- keliru
- gagal menjalankan tanggungjawab
- tiada minat untuk melakukan apa-apa
- acap menangis
- sering mengadu
Dan pelbagai lagi masalah.

Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas seperti kes ini dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi. Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan.
Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Rawatan Gila Meroyan

💛Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka.
💛Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin.
💛Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
💛Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.
💛Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.

Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan. Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan. Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa).
Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.Sama-sama harungi bahtera rumahtangga.



Semalam tengok anak buah duk bungkus barang-barang baby ni untuk hantar forensik. Sebak tengok bantalnya penuh darah 😭😭😭😭😭