TAK MAHU MAKAN NASI, NAK DIET TAPI....

Assalamualaikum semua...

Harini balik kerja, rasa letih sangat. Dalam kepala otak ni pikir sampai rumah nak mandi, pastu nak baring atas katil ja. Bila dah letih gini, nak masak untuk makan malam pun dah malas. Nasib baik husband offer diri nak pi cari makanan kat pasar malam.

Jadinya, anak-anak cheq pun sibuk order nak makan macam-macam. Nak nasi goreng la, ayam goreng la, kebab, keropok lekor dan macam-macam lagi la. Cheq pulak bagitau "belilah apa pun, tapi tak mau nasi". Demand takmau makan nasi, kononnya nak diet.

Jadi, apa yang husband cheq belikan untuk cheq. Punya banyak gini, makanan manis, makanan guna tepung, serupa macam makan nasi jugak la kan.


Kuih meneram @ telinga keling.

Putu manyam. Betul ke ejaan tu??
Nyam, nyam...


Yang ni paling win husband beli
kat cheq. Etok salai...


...... Dah orang belikan, makan jugaklah. Kut merajuk kang, hodoh la plak tengoknya. Malam ni tak jadi nak diet, esok je la start diet.......

3 comments:

  1. Replies
    1. kalau bukan esok, ada esok sekali lagi...:)

      Delete
  2. nak diet ni bukan x mkn nasi je..semua mknanan n minuman manis kena avoid..JM try la 3 mggu turun 1 kg jek..pastu mkn mcm biasa x diet dah..susah tul nak turun

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.