Assalamualaikum semua.
Malam ni cheq kerja lagi. Kena pulak kerja dengan anak-anak buah cik husband cheq. Mulalah diaorang bercerita betapa garangnya cik husband cheq masa mengajar dan bla, bla, bla....Pergi la ceruk mana pun, betapa banyaknya anak buah cik husband cheq. Takdak peluang la cheq nak berjimba-jimba, nanti kena repot. Kihkihkih, takde niat pun nak berjimba-jimba.
Dulu, husband cheq ni cikgu sekolah latihan. Dah beribu-ribu anak murid dia. Sekarang ni pun dia masih lagi mengajar. Kebanyakannya anak murid dia ni jadi anak buah cheq. Tak tahulah camna diaorang ni boleh kenal cheq. Takkanlah husband cheq nak cerita perihal cheq kat diaorang plak kan.
Ada untungnya bila anak-anak murid husband cheq ni ada merata-rata tempat. Contohnya, semasa kami satu family nak bercuti ke Cameron Highland tanpa dirancang. Telefon la anak murid dia minta bookingkan hotel. Dicarinya kitaorang homestay yang sebesar-besar alam dan dah siap dibayar. Bila husband cheq nak gantikan balik duit tu, dia taknak. Alhamdulillah.
Duk bersembang-sembang dengan anak buah ni. Last sekali dia bagitau " puan, bagitau cik H.... janganlah garang sangat masa mengajar." Cheq sekadar senyum ja sebab cgeq memang tak masuk campur hal kerja husband cheq kecualilah dia nak cerita.
Gambar ini tiada kena-mengena dengan cerita diatas.
★★ RAMAI SANGAT KENAL NI ★★
