Riadah Di Cuti Hari Pekerja

Assalamualaikum semua.

Selamat hari bekerja dan selamat bercuti. Cheq tak cuti pun, harini cheq jadi surirumah sepenuh masa. Penat woooo.. Petang tadi cheq sendiri bawak heroin-heroin cheq pergi mandi kolam kat Taman Tunku Anis. Nak tunggu abah diaorang bawak, tak tahu la tahun bila. Asyik last minit ada kerja. Menyampah tauuu..




Bergerak dari rumah jam 5.30 petang. Cuaca panas terik, jadi rasa macam awal ja. Lagipun dari rumah ke taman tu ambil masa 5 minit ja dari rumah cheq. Sampai sana, rupanya orang dah ramai. Nasib baik kereta cheq ni jenis mini, senang selit nak parking.

Nak beli tiket pun kena beratur panjang. Dah naik harga rupanya. Dulu baru RM2 untuk seorang, sekarang ni dah RM3. Kena caj GST lagi. Dah siap beli tiket, nak masuk kolam pun kena tunggu turn jugak, orang terlampau ramai.




Heroin-heroin cheq dah tak sabar nak masuk. Dari rumah dah siap-siap pakai baju mandi. Dapat masuk terus tuju kolam untuk baby, air kolamnya lebih kurang atas buku lali cheq ja. Sepanjang diaorang mandi ni, mata cheq memang tak lepas dari perhatikan dioarang. Al maklum lah cheq sorang nak handle 3 heroin ni dalam orang yang ramai ni. Sampaikan cheq pun turun sekali dalam kolam.






Yang paling seronok dalam mandi, si kecik Damia la. Dia memang pantang jumpa air. Jenuh pujuk nak balik. Mulut dah biru, sejuk terketar-ketar. Tu pun ada hati takmau balik lagi. Akhirnya termakan jugak pujuk bila bagitau nak beli cokelat kat dia. Huhhhh, mama diaorang yang letih.

Top Top Meletop APRIL

Assalamualaikum semua.

Ribuan terima kasih cheq ucapkan buat semua kawan-kawan yang sudi singgah dan meninggalkan komen di blog picisan cheq ni. 
Ada yang begitu rajin lemparkan bom nuklear kat blog cheq ni.
Tak lupa jugak tenkiu untuk kaki-kaki skodeng dan silent reader. 
Tanpa korang semua apa la nak jadi dengan blog cheq ni.




Berikut adalah senarai 10 blog teratas yang meninggalkan komen di blog cheq.
Yang tak tersenarai jangan sedih, boleh cuba lagi bulan depan.



♥♥♥

Terima kasih semua.
Muah ciked...


Berapa Banyak Jangan La

Salam Jumaat.

Sempena hari Jumaat ni, cheq nak share tips untuk mudah dan murah untuk mendapatkan rezeki. Tipsnya adalah apa yang JANGAN anda lakukan pula untuk mendapatkan rezeki Allah SWT yang pelbagai. JANGAN lakukan ya....




1. JANGAN kejar harta kebendaan tetapi kejar rezeki yang diberkati. Harta kebendaan mungkin memuaskan hati, tetapi rezeki yang berkat akan memuaskan rohani.

2. JANGAN terlalu ghairah ingin menjadi insan yang berjaya hingga lupakan hukum hakam agam.

3. JANGAN henti mencari ilmu. Perkataan ilme disebut beratus kali dalam Al-Quran. Itulah rahsia murah rezeki yang hakiki.

4. JANGAN bersikap tamak kerana ada bahagian reseki kita yang punya, tetapi ada jugak bahagian rezeki orang lain punya.Kesemuanya telah ditentukan.

5. JANGAN membazir.Maksud disini bukan sahaja bazir wang. Tetapi jangan membazir masa jugak.

6. JANGAN lupa bersyukur dengan pemberian-Nya walau sekecil mana pun.

7. JANGAN suka mencari kesalahan orang lain. Kalau itu yang kitacari, memang kesalahanlah yangkita akan jumpa. Cari salah silap diri dahulu untuk diperbaiki.

8. JANGAN mudah bergaduh sesama suami isteri. Nanti mudah sangat pintu rezeki tertutup.


~~sharing is caring~~