SASARAN DI HADAPAN

Assalamualaikum

Setelah lama tak pegang pistol, harini tiba giliran cawangan cheq untuk latihan menembak. Kalau dulu menembak lebih kurang setahun yang lalu di lapang sasar terbuka di Gunong, Bachok tapi harini menembak di lapang sasar tertutup yang baru pertama kali cheq nak jejak kaki. Ketar jugak tangan ni bila lama tak menembak ni. Sebelum tiba giliran cheq, kena biasakan dulu dengan bunyi pistol ni. Supaya tembak nanti, tak terkejut sendiri. Almaklumlah menembak dalam bangunan, bunyinya lagi kuat boleh pecah gendang telinga.



Sebelum bermulanya latihan menembak, taklimat telah diberikan oleh pegawai medan. Tentang keselamatan diri dan cara-cara penggunaan pistol. Memang keselamatan diri dan orang lain dalam bangunan tersebut tersangat dititikberatkan sebabnya ianya melibatkan nyawa. Kitaorang guna peluru betul ye bukan peluru kapur.

Mulanya cheq tengok ja orang lain menembak, kononnya nak hilangkan debar. Rupanya bertambah debar la plak. Macam nak lari keluar ja. 


Dah tiba giliran cheq. Terkial-kial nak masukkan peluru dalam magazinenya. Kalau guna pistol jenis revolver, senang ja nak masukkan pelurunya. Kali ni tembak guna pistol jenis Stayer. Yang lucunya cheq boleh terkejut dengar bunyi pistol cheq sendiri. Selesai menembak 30 butir peluru. Walaupun sasaran kat depan, nampaknya lebih banyak peluru cheq ke laut.



Nampaknya cheq kena ambil kursus menembak kalau gini rupanya result cheq. Buat masa sekarang, kalau nama penjenayah kat depan cheq baling pakai batu ja la.




Nasib baik la cheq kerja dalam ofis ja. Jadi jarang nak gunakan senjata ni. Tapi kalau ada operasi, memang wajib bawak senjata. Tapi sekadar beratkan beg atau poket seluar ja, memang takkan guna la... sebab cheq memang tak konfiden nak gunakan senjata ni. Kutnya cheq fokus ke kaki, tapi kena kepala...tak ke naya.












SAMBUTAN HARI LAHIR DI OFIS

Assalamualaikum

Setiap bulan, cawangan cheq akan meraikan besday girl dan besday boy di ofis. Mestilah ada kek. Selalunya kita akan buat waktu tengahari, jadi terus jamuan untuk makan tengahari sekali.





Bulan lepas tak sempat buat sebab banyak sangat lawatan dari luar datang ke Kota Bharu ni. Jadi untuk majlis bulan ni, digabungkan besday girl dan besday boy untuk bulan September dan November.



Bulan ni, bos cheq bermurah rezeki nak hadiahkan pembakar roti dan biskut untuk setiap ofis. Ada makna tu sebenarnya. Supaya kitaorang tak hilang selalu, kononnya nak cari makan kat luar.




Walaupun hanya sekali dalam sebulan untuk berkumpul macam ni, tak semua dapat hadir. Ada yang bicara di mahkamah, ada yang pergi tempat kejadian, ambik statement, buat tangkapan..memang jarang sangat dapat berkumpul semua sekali.

Selesai makan-makan, semuanya akan sambung kerja semula. No excuse..

NOVEMBER, Please be nice to me.

Assalamualaikum

Permulaan bulan November ni disambut dengan keadaan cheq yang tak berapa sihat. Digagahkam diri jugak untuk masuk ofis, tapi bila kepala semakin berat, mata dan hidung berair terpaksalah berjumpa doktor. Dapatlah berehat sehari kat rumah, walaupun doktor nak bagi rehat 2 hari, cheq terpaksa menolak kerana tuntutan kerja yang banyak.



Cheq pun dah apply cuti hujung bulan November ni. Mudah-mudahan tiada halangan untuk kami sekeluarga bercuti. Takmo banjir-banjir lagi, nanti cuti kena beku.



Tengah bulan November ni, ada pelatih yang tamat latihan. Moga-moga ada la yang tercampak kat Kota Bharu ni. Dah kritikal sangat kekurangan tenaga kerja ni. Sampaikan ada anggota / pegawai yang terpaksa buat 2 kerja sekaligus.

Kalau ikutkan banyak lagi cheq nak buat dalam bulan November ni. Salah satunya hujung bulan November ni, nak buat sambutan ulang tahun kelahiran Diyanah. Diyanah nak sambut dengam kawan-kawan kat tadika. Yang lain-lainnya, kalau tak sempat buat kena tunda pergi ke tahun depan la.