SASARAN DI HADAPAN

Assalamualaikum

Setelah lama tak pegang pistol, harini tiba giliran cawangan cheq untuk latihan menembak. Kalau dulu menembak lebih kurang setahun yang lalu di lapang sasar terbuka di Gunong, Bachok tapi harini menembak di lapang sasar tertutup yang baru pertama kali cheq nak jejak kaki. Ketar jugak tangan ni bila lama tak menembak ni. Sebelum tiba giliran cheq, kena biasakan dulu dengan bunyi pistol ni. Supaya tembak nanti, tak terkejut sendiri. Almaklumlah menembak dalam bangunan, bunyinya lagi kuat boleh pecah gendang telinga.



Sebelum bermulanya latihan menembak, taklimat telah diberikan oleh pegawai medan. Tentang keselamatan diri dan cara-cara penggunaan pistol. Memang keselamatan diri dan orang lain dalam bangunan tersebut tersangat dititikberatkan sebabnya ianya melibatkan nyawa. Kitaorang guna peluru betul ye bukan peluru kapur.

Mulanya cheq tengok ja orang lain menembak, kononnya nak hilangkan debar. Rupanya bertambah debar la plak. Macam nak lari keluar ja. 


Dah tiba giliran cheq. Terkial-kial nak masukkan peluru dalam magazinenya. Kalau guna pistol jenis revolver, senang ja nak masukkan pelurunya. Kali ni tembak guna pistol jenis Stayer. Yang lucunya cheq boleh terkejut dengar bunyi pistol cheq sendiri. Selesai menembak 30 butir peluru. Walaupun sasaran kat depan, nampaknya lebih banyak peluru cheq ke laut.



Nampaknya cheq kena ambil kursus menembak kalau gini rupanya result cheq. Buat masa sekarang, kalau nama penjenayah kat depan cheq baling pakai batu ja la.




Nasib baik la cheq kerja dalam ofis ja. Jadi jarang nak gunakan senjata ni. Tapi kalau ada operasi, memang wajib bawak senjata. Tapi sekadar beratkan beg atau poket seluar ja, memang takkan guna la... sebab cheq memang tak konfiden nak gunakan senjata ni. Kutnya cheq fokus ke kaki, tapi kena kepala...tak ke naya.












7 comments:

  1. hehehe..nasib baik training je, kalau betul2, perompak dah terlepas dh sebab ketaq tgn nk menembak

    ReplyDelete
  2. wah..keje polis rupanya!hebat!!nanti prektis lagi ye, bagi mantap.all the best!

    ReplyDelete
  3. uuuish akaaaak oi.. ceq memang tabik spring toink toink toink kat akak..

    ReplyDelete
  4. wah best nih... dulu kecik2 cita-cita nak jadi polis. hahaha

    ReplyDelete
  5. Ann, aida kalau menembak ke laut!
    taknnampak langsung camne nak jadi sharp shooter!
    kalau ada latihan menembak, aida da malas nak join.
    Buat letih tengkuk aje :-) hu hu

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.