BAKING SODA PELBAGAI KEGUNAAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Baking Soda selama ini guna untuk baking je. Rupanya pelbagai lagi kegunaannya. Like dan Share.


Sumber dari google

1. Untuk memasak  memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.

2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau  uniform suami, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6.  Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.

8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang. 

9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.

10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.

13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh

14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

credit to SYANI


~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~











13 comments:

  1. Wah...banyak kegunaanya yang kita x tau dan baru tau la...senang macam ni..murah pun murah

    ReplyDelete
  2. Abe Nik ingatkan untuk masakan je rupanya untuk lain pon boleh

    ReplyDelete
  3. no 8 best. gigi pun dah karat haha. nice!

    ReplyDelete
  4. Banyak kegunaan. Mak mertua pun guna baking powder utk. scrub muka..

    ReplyDelete
  5. waaaaaaa thanks for sharing sis! heeeeee bole try ni, semua murah and senang nak dpt haha ;p

    http://sarahhijabista.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. singgah follow,

    banyak nya kegunaan sodium bicarb ni

    ReplyDelete
  7. oww leh buat bath salt rupanya baking soda ni...baru tau..hihi..nice sharing sis ^_^

    ReplyDelete
  8. tq ;) baru tau ... selalu pakai masa nak masak kek jew

    ReplyDelete
  9. banyak kegunaan rupanya baking soda nih.. kena pastikan sentiasa ada aking soda dalam simpanan..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.