LANGGAR BELAKANG

Assalamualaikum

Kemalangan langgar belakang sering berlaku apabila pemandu mengekori terlalu rapat kenderaan di hadapan. Jarak yang sesuai adalah penting dalam memastikan kenderaan dipandu dengan jarak selamat. Jarak selamat adalah dalam kiraan  2 saat mengikut kelajuan semasa cuaca biasa dan 3 saat jika jalan basah dan licin.

Adalah diingatkan melanggar kenderaan di hadapan merupakan satu kesalahan trafik dan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 166/59 (Kaedah 10) iaitu tidak dapat mengawal kenderaan semasa memandu dengan denda maksimum sebanyak RM300.

Pengalaman cheq dulu pernah dilanggar dari belakang dan juga melanggar belakang kereta orang. Tapi masa tu bukan cheq yang drive kereta tetapi pilot cheq (husband) yang bawak.

First kejadian berlaku di Putrajaya. Masa tu husband cheq buat U-turn, tiba-tiba ada satu kereta muncul ntah dari mana dan bergesel belakang kereta perempuan tu. Lupa plak nak bagitau kereta satu lagi tu perempuan yang drive. Gabra perempuan tu bila turun kereta. Husband cheq memang mengaku kesalahan dia. Si perempuan tu telefon saudara lelaki dia dan berunding dengan husband cheq. Diaorang mintak ganti rugi sampai RM700. Perghhh..ikutkan calar ja keta dia, keta kitaorang lagi teruk kemeknya. Husband cheq berkeras nak buat repot polis. Dapatlah saman RM300, tapi lepas buat rayuan bolehlah kurang separuh. Yang perempuan tu pulak insuran tak boleh nak bayar claim sebab kerugiannya kecik saja.
Tak kisahlah nak keluarkan duit bayar saman, sebab memang dah salah sendiri. Nasib baik takdak kemalangan jiwa.


" Sayangi diri, ingat orang tersayang  dan berhati-hati di jalan raya "



3 comments:

  1. yelah kadang-kadang benda dah nak jadi kan mama, kita cuma boleh berwaspada sahaja sentiasa.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.