KESELAMATAN KANAK-KANAK DI TEMPAT AWAM

Assalamualaikum

SHARING IS CARING : Keselamatan Kanak-Kanak di Tempat Awam


Berikut disertakan beberapa tips keselamatan untuk ibu bapa dan anak-anak supaya lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.

1. Sentiasa perhatikan pergerakan anak anda. Tahu di mana dan dengan siapa mereka bersama.

2. Ajar anak anda untuk mengingati nama penuh mereka, alamat penuh dan nombor telefon rumah atau nombor telefon bimbit anda.

3. Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga. Beritahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersbut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.

4. Jangan biarkan anak anda keluar bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga yang lebih dewasa.

5. Jangan tinggalkan walaupun sebentar anak anda di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup ketika anda sedang berurusan di luar kenderaan.

6. Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.

~sharing is caring : luv from mama3farhanah~



4 comments:

  1. hm, betul tu, sekarang ramai org jahat kt muka bumi ni

    ReplyDelete
  2. x sekali-sekali aida akan biar kan anak2 bersendirian, ann.
    zaman skang, terlalu byk org kurang siuman!
    ingat dunia lebih dari akhirat.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.