7 JENIS PERSAHABATAN

Assalamualaikum

Dalam dunia ni tiada seorang manusia pun hidup keseorangan. Mesti akan ada emak ayah, adik-beradik, kawan sekolah, kawan sekerja, jiran dan sebagainya. Kalau seseorang tu rasa dia hidup keseorangan, itu adalah salah dirinya sendiri. Taknak bergaul dengan orang lain dan hidup seperti katak bawah tempurung. Tambahan pada zaman moden ni dengan teknologi yang maju seperti facebook, twitter... mustahil tiada seorang pun sahabat.

Dalam dunia ni ada 7 jenis persahabatan dan hanya 1 saja yang akan kekal sampai akhirat. Meh cheq terangkan satu-persatu.

1. Ta'aruffan
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan seperti pernah bertemu di stesen keretapi, stesen bas, hotel, hospital, pejabat pos, ATM dan lainnya. Kebanyakkan persahabatan ni terjalin hanya dalam masa yang singkat.

2. Taariihan
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah. Misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya.

3. Ahammiyyatan
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.



4. Faarihan
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi seperti teman futsal, badminton, memancing dan sebagainya.

5. Amalan
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. Macam cheq dengan husband la dulu. Dimulai dengan bersahabat, alih-alih menjadi teman serumah sekarang ni.

6. Aduwwan
Sahabat tetapi musuh. Depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita..... Allah!! Pijak semut pun tak mati. Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati...." (Surah Ali Imran : 120)

7. Hubban Limaanan 
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jala, saling menolong, menasihati, menutup aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam penghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Daripada 7 jenis persahabatan di atas, nombor 1 hingga 6 akan LENYAP di akhirat nanti. Yang tinggal hanya satu ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke -7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Ta'ala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf : 67)

Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah SWT. Amin...

6 comments:

  1. Semoga kita semua akan mendapat sahabat no.7 tu..

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dapat sahabat yg baik dunia akhirat..
    saling mengingatkan..

    ReplyDelete
  3. wah.. best nya. nice sharing..

    ReplyDelete
  4. nice sharing kak ann insyaAllah bulan 3 balik ada kenduri kat kem PGA boleh jmpa kak ann

    ReplyDelete
  5. Yg no 6 tu minta2 la dijauhkan...
    menakutkan!
    bersahabat lillahi Taala...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.