MARI BUAT AISKRIM BERSAMA ANAK-ANAK

Assalamualaikum

Selalu sangat anak-anak cheq tengok video klip cara buat aiskrim kat dalam Youtube. Semalam pergi pasaraya, kakak jumpa bekas untuk ais krim, terus nak dibelinya. Ada bermacam-macam bentuk bekasnya. Tapi cheq pilih yang kecik molek ja, kutnya buat aiskrim besar tapi diaorang tak makan, jenuh plak mama ngan abah nak habiskan.

Imej dari youtube

Mudah ja nak buatnya. Cheq belikan susu perisa coklat dan strawberri, cuma tuangkan ke dalam bekasnya. Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggunya beku.






Tak sempat nak beku lagi, sat-sat anak-anak cheq bukak peti ais nak tengok dah beku ke belum. Lagi lambat la nak beku jawabnya. 



Tepat pukul 5 tadi, aiskrim dah beku sepenuhnya. Cukup suka anak-anak cheq dapat makan  aiskrim yang diaorang buat sendiri. Lepas ni nak buat aiskrim warna hijau la, biru la...mana nak cari semua warna tu..




9 comments:

  1. berkali anak suruh buat,.. tak buat juga... haha.. tunggu tahun depan la pula..

    ReplyDelete
  2. wahh, boleh teraii nii buat mcm ni macam sedap aje kann

    ReplyDelete
  3. Seronok tgk anak2 teruja buat aiskrim sendiri

    ReplyDelete
  4. Terbaik Ann.
    Aida ada beli ice cream maker tupperware.
    lom pernah pakai lg ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. senang je kan...mesti anak-anak pun teruja nak buat sendiri aiskrim

    ReplyDelete
  6. Senangnyua ya Allah. Boleh try nanti.
    Jemput baca entry terbaru.
    http://nurulzayani.blogspot.my/2015/11/ben-kitten.html

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.