NUFFNANG KEDEKUT


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tiba-tiba plak nak marah nuffnang ni dah kenapa? Ni sebab CPUV la. Bulan lepas ada iklan baru duk menari-nari kat blog cheq. Tu pun satu iklan ja. Bagilah banyak-banyak sikit.

Sebenarnya cheq bukan nak marah pun. Suka ni nak bagitau setelah sekian lama takdak iklan nuffnang kat blog cheq, tup-tup bulan 7 ada plak. Last sekali cheq dapat iklan nuffnang bulan April nun.

Terima kasih nuffnang.

Macamana nak CPUV banyak-banyak kalau nak update blog pun malas. Apatah lagi nak berblogwalking. So, takyah nak berharap dapat CPUV banyak-banyak.

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~




PETUA HALANG CICAK MASUK RUMAH

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Rumah ada cicak tu perkara biasa.  Kalau yang takut cicak tu, nampak cicak kecik punyalah menjerit macam nampak dinasour.Tapi kalau dah banyak sangat, bolehlah ikut petua-petua ni.  Sangat berguna untuk halau cicak dari masuk dalam rumah. 

KULIT TELUR 


Cicak tak suka dengan bau kulit telur. Letak ja kulit telur tu kat celah tingkap atau kat dapur, atau kat mana-mana tempat yang banyak cicak. Kulit telur tu hendaklah ditukar selang 3 minggu.

SERBUK KOPI


Sediakan satu bekas. Letakkan serbuk kopi serta serbuk tembakau ke dalam bekas tu dan gaul rata. Kemudian ambik pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu gam di hujungnya. Celupkan ke dalam serbuk kopi yang digaul dan pastikan serbuk kopi tu melekat kat batang mancis tu. Dah siap boleh letak kat belakang almari, belakang peti ais. Cicak akan mati bila makan serbuk ni.

BAWANG PUTIH @ MERAH


Kalau tak percaya, cuba gantung bawang putih atau merah ni. Ataupun, kisar dan sembur di sudut-sudut yang banyak cicak.

LADA HITAM


Sediakan lada hitam, serbuk cili dan letak air. Lepas tu masukkan dalam botol spray air. Sembur di bahagian dinding, sudut, celah pintu, belakang almari untuk halau cicak. Cicak ni memang tak tahan dengan pedas.

PLY PAPER


 Ply paper boleh membuatkan cicak tersekat. Letakkan di bucu dinding untuk perangkap cicak yang lalu di atas ply paper ni. Hmmm...kalau cicak tersekat kat atas kertas ni, macam tak sanggup pulak nak kutip kertas ngan cicak ni. Geli makkkk... Nampaknya sampai tinggal tulang kerangka la cicak tu kat situ.

AIR SEJUK


Kalau nampak cicak, sembur dengan air sejuk. Air sejuk akan melumpuhkan pergerakan cicak.

BULU AYAM


Cicak takut dengan burung. Bulu ayam ini akan disangka bulu barang dan membuatkan cicak melarikan diri. Gantung ja bulu ayam tu dekat sudut dalam rumah tu.

Oleh : Feyra Nasrom

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

TUGAS YANG PALING STRESS

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Antara banyak tugas yang cheq buat, jadi pencatit minit la yang paling cheq stress. Nak pulak mesyuarat melibatkan orang-orang besaq ni, lagi la kalut di buatnya. Nak kena bukak luas-luas telinga ni, kena alert dan pandai ambik point ja. 

Bukan calang-calang orang dapat duk kat sini.
 Bab nak ambik point-point yang penting tu belum stress lagi. Yang paling stress nak taip balik apa yang cheq tulis. Disebabkan trengkas cheq tu memang seringkas-ringkasnya, jadi cheq sendiri pun tak paham apa yang cheq tulis.

Macam mesyuarat kelmarin (Jumaat), nama cheq naik jadi pencatit minit. (hanya insan bertuah ja yang terpilih ni). Mulanya memang ada seorang penolong catit minit ni. Sampai ke minit-minit terakhir pun dia tak sampai lagi. Urusetia call pun tak dapat. It's okay for me.



Tulisan buruk, tuan punya pun tak reti baca.


Tapi yang membuatkan cheq bertambah stress, adalah disebabkan mesyuarat tu adalah dari peringkat negeri, hanya dibuat di daerah cheq saja. Sepatutnya depa dah bawa pakej sekali dengan pencatit minit. Bila dah bos cheq ajukan masalah ni, barulah sebulat suara setuju pencatit minit adalah dari peringkat negeri punya dan dikuatkuasakan pada mesyuarat akan depan. Kiranya cheq ni ,mangsa keadaan dan terpaksa redha serta pasrah.

Sebenarnya coretan ni dibuat setelah cheq stress duk menaip minit mesyuarat yang entah bila nak habis ni. Rupanya boleh release tension jugak bila membaca dan mengupdate blog. Hehehe... 


~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~