PETUA HALANG CICAK MASUK RUMAH

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Rumah ada cicak tu perkara biasa.  Kalau yang takut cicak tu, nampak cicak kecik punyalah menjerit macam nampak dinasour.Tapi kalau dah banyak sangat, bolehlah ikut petua-petua ni.  Sangat berguna untuk halau cicak dari masuk dalam rumah. 

KULIT TELUR 


Cicak tak suka dengan bau kulit telur. Letak ja kulit telur tu kat celah tingkap atau kat dapur, atau kat mana-mana tempat yang banyak cicak. Kulit telur tu hendaklah ditukar selang 3 minggu.

SERBUK KOPI


Sediakan satu bekas. Letakkan serbuk kopi serta serbuk tembakau ke dalam bekas tu dan gaul rata. Kemudian ambik pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu gam di hujungnya. Celupkan ke dalam serbuk kopi yang digaul dan pastikan serbuk kopi tu melekat kat batang mancis tu. Dah siap boleh letak kat belakang almari, belakang peti ais. Cicak akan mati bila makan serbuk ni.

BAWANG PUTIH @ MERAH


Kalau tak percaya, cuba gantung bawang putih atau merah ni. Ataupun, kisar dan sembur di sudut-sudut yang banyak cicak.

LADA HITAM


Sediakan lada hitam, serbuk cili dan letak air. Lepas tu masukkan dalam botol spray air. Sembur di bahagian dinding, sudut, celah pintu, belakang almari untuk halau cicak. Cicak ni memang tak tahan dengan pedas.

PLY PAPER


 Ply paper boleh membuatkan cicak tersekat. Letakkan di bucu dinding untuk perangkap cicak yang lalu di atas ply paper ni. Hmmm...kalau cicak tersekat kat atas kertas ni, macam tak sanggup pulak nak kutip kertas ngan cicak ni. Geli makkkk... Nampaknya sampai tinggal tulang kerangka la cicak tu kat situ.

AIR SEJUK


Kalau nampak cicak, sembur dengan air sejuk. Air sejuk akan melumpuhkan pergerakan cicak.

BULU AYAM


Cicak takut dengan burung. Bulu ayam ini akan disangka bulu barang dan membuatkan cicak melarikan diri. Gantung ja bulu ayam tu dekat sudut dalam rumah tu.

Oleh : Feyra Nasrom

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~

3 comments:

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.