السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
13 Ogos setiap tahun telah diistiharkan sebagai hari Kidal seluruh dunia. Orang kidal adalah orang yang istimewa.
10 Fakta Unik Mengenai Orang Kidal
Tahukah kita, lebih kurang 5% - 15% manusia yang hidup di dunia ini adalah kidal. Orang kidal ni mempunyai beberapa fakta yang unik. Let's check it out.
1. Orang kidal ni mempunyai otak yang lebih terstruktur, sehingga mempunyai kemampuan yang lebih dari orang biasa. Kemampuannya bukan hanya kemampuan dari segi intelektual, tetapi termasuk juga kemampuan seni, sastera, olahraga dan lain-lain.
2. Orang kidal ni lebih sensitif.
3. Orang kidal ni lebih cenderung tak percayakan diri sendiri. Itu semasa dia takleh terima dirinya sebagai orang kidal.
4. Orang kidal mempunyai daya imajinasi dan khayalan yang tinggi, sehingga mereka lebih kreatif daripada orang biasa.
5. Menurut kajian, hayat hidup orang kidal lebih pendek 9 tahun daripada orang biasa.
6. Jika kedua ibubapa kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sekiranya kedua ibubapa tidak kidal, kemungkinan dapat anak kidal adalah 2% saja.
7. Lelaki lebih banyak kidal berbanding perempuan.
8. Orang kidal lebih mudah mengawal perasaan berbanding dengan orang biasa.
9. Daripada hasil pemerhatian, dapati orang kidal boleh melakukan 2 kerja dalam satu masa.
10. Jangan paksa orang kidal ni menggunakan tangan kanan, sebabnya sesuatu yang buruk boleh berlaku samada dari segi psikologi ataupun prestasi. Hal ini pernah dialami oleh Raja Inggeris King George VI yang jadi gagap dan dyselexia kerana dipaksa menggunakan tangan kanan.
~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~
hahaha.. no.4 tu mcm ada betulnye juga tu... ooo baru tahu ada hari kidal sedunia.. hehe... rasa special pula..
ReplyDeleteasben & nurin = kidal.
ReplyDeleteboth of them are the loves of my life.
terbaik :)
da wish asben tadi tau. dia kata, "da kekurangan tema hari ke sampai kidal pun ada hari?"
ha ha ha ha...
Yg no.10 tu kan,bru2 pernah la de org tgur sy mkn (guna sudu) dgn tgan kiri.alahai...sakitnya hati! Terkial2 nk mkn sudahnya...mati selera dah pastu...huhu...
ReplyDeletesaya kidal! hehe
ReplyDeleteselamat hari kidal kak ann
ReplyDelete