LAMPU BREK PENTING BAGI SETIAP KENDERAAN


السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Lampu brek bertindak sebagai lampu amaran dan akan menyala apabila pemandu menekan brek. Sebaik saja lampu brek menyala, ia menandakan pemandu di hadapan sedang memperlahankan kenderaan atau hendak mengubah haluan ataupun berniat untuk berhenti.

Setiap pemandu hendaklah memastikan lampu brek kenderaannya berfungsi dengan baik. Bayangkan betapa sakitnya hati kita bila ikut kenderaan yang takdak lampu brek ni. Tak tahu bila masanya dia perlahankan kenderaannya. Tup-tup kita pulak yang tekan brek mengejut.



Lampu brek (termasuk lampu brek ketiga) yang tidak berfungsi boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 170/59 (Kaedah 26). Kesalahan ini boleh dikompaun maksimum RM300.
"Sayangi diri, ingat orang tersayang dan berhati-hati di jalan raya"

~~ Terima kasih kerana sudi membaca ~~




5 comments:

  1. Salam singgah,, kalau sebelah malam paling takut ppenunggang motor yg x de lampu belakang.. Dah la kita x nampak dia.. Kadang 2 lampu depan belakang x de duh.. Asalkan dia nampak kita x pe ,, kalo kita x nampak dia x ambik kisah pulak.. Geram sikap macam ni

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum..kita nak follow awak..hehe:)

    ReplyDelete
  3. bahaya kalau xda lampu brek ni. tapi selalunya sakit ati bila ada lampu signal tp x pasang masa nak belok.. geram je tgk.. hehe

    ReplyDelete
  4. betul tu yang kak ann bagi taw

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.