WELCOME AUGUST..

Hai semua..

Pejam celik, pejam celik...dah masuk bulan Ogos dah. Baru ja rasa macam semalam sambut tahun baru. Cepat betul masa berlalu, anak sulung pun dah nak masuk sekolah menengah tahun depan. Jadi, mak ni kena sedar la dah tua...hehehe

Kalau sebut bulan Ogos ja, mesti kita fikirkan hari Merdeka kan... Dah confirm cuti seluruh negara. Selain dari cuti hari Merdeka, bulan Ogos ni juga kita akan menyambut hari raya Aidiladha atau raya korban atau raya haji. Jadi cuti lagi..




Cuti sekolah seminggu, rasanya cheq sekeluarga takkan kemana-mana sebab anak sulung cheq akan duduki peperiksaan UPSR awal bulan September. Raya haji nanti pun cheq raya kat Kelantan ja sebab haritu dah cuti raya posa. Bagi chance kat member-member lain pulak kann.. 

Akhir sekali....selamat merancang percutian.


03/08/2019
1723hrs
K/Bharu, Ktan





First Giveaway by Anis & Beeha

Hai semua...

Harini buka blog tengok ada giveaway. Ok esok jalah kita join GA ni. Baca sekali lagi, tengok tarikh tutup penyertaan hari ni 3/7/2019 jam 11.59 malam. Jadi, apalagi terus join la takut terlepas. So, pada sapa-sapa yng nak join, cepat sebelum terlambat. Syarat mudah sahaja dan hadiah pun menarik.             

Rimmel Palette
Jom join
                                         

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.




Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.