Hai semua..
Pejam celik, pejam celik...dah masuk bulan Ogos dah. Baru ja rasa macam semalam sambut tahun baru. Cepat betul masa berlalu, anak sulung pun dah nak masuk sekolah menengah tahun depan. Jadi, mak ni kena sedar la dah tua...hehehe
Kalau sebut bulan Ogos ja, mesti kita fikirkan hari Merdeka kan... Dah confirm cuti seluruh negara. Selain dari cuti hari Merdeka, bulan Ogos ni juga kita akan menyambut hari raya Aidiladha atau raya korban atau raya haji. Jadi cuti lagi..
Cuti sekolah seminggu, rasanya cheq sekeluarga takkan kemana-mana sebab anak sulung cheq akan duduki peperiksaan UPSR awal bulan September. Raya haji nanti pun cheq raya kat Kelantan ja sebab haritu dah cuti raya posa. Bagi chance kat member-member lain pulak kann..
Akhir sekali....selamat merancang percutian.
03/08/2019
1723hrs
K/Bharu, Ktan
WELCOME AUGUST..



