Ditag oleh
Wana. Sebelum terlupa baik cheq buat awal-awal lagi.
1. Karakter anda macamana ?
Kalau orang yang dah kenal saya , diaorang akan kata saya ni jenis gila-gila. Saya pun rasa camtu jugak tapi tengok keadaan. Karakter berubah mengikut keadaan dan situasi.
2.Tabiat korang yang orang lain rasa pelik tapi bagi anda biasa-biasa saja ?
Suka selongkar pantry kat ofis. Biasalah kalau dah buat kerja and then lapar, mesti cari makan...hehehe
3. Bila kali terakhir korang shopping ? Beli apa ?
Pada malam Jumaat hari tu. Beli bedak anak-anak sebab malam sebelum tu diaorang buat parti bedak.
4. Bila kali terakhir anda melancong ? Di mana ?
Melancong tu takde la tapi sekadar balik kampung. Itu pun sambut hariraya puasa haritu. Beraya di Perlis dan Johor.
5. Jika diberi peluang untuk jadi 'seseorang', nak jadi siapa dan kenapa ?
Nak jadi diri sendiri jugak tapi nak kembali ke zaman budak-budak. Tak puas bermain, hehehehe
6. Mana lebih penting. Duit, ic atau handphone ?
Handphone kut. Kalau takdak duit boleh telepon adik-beradik mintak hutang dulu.
Kalau tertinggal ic, leh telepon minta orang hantarkan. Tapi pastikan handphone tu ada kredit.
7. Tiba-tiba anda tersesat di dalam hutan kemudian terjumpa simpang, yang satu jalani ke rumah misteri yang nampak menyeramkan dan satu jalan lagi terus masuk ke dalam hutan yang dikatakan ada tombiruo ( penunggu hutan). Anda pilih jalan yang mana ? Kenapa ?
Saya tak akan bergerak ke mana, tunggu bantuan sampai. Tak pasal-pasal kena makan dengan hantu, hehehe
8. Jika ada modal berniaga, bisnes apa yang korang nak buat ?
Nak bisnes baju kanak-kanak sebab baju diaorang comel-comel sangat.
9. Pernah nampak burung hantu secara 'real' tak ?
Tak pernah nampak tapi pernah dengar dia berbunyi, betul-betuldekat tingkap masa berkursus kat UUM.
10. Hadiah impian anda dalam hidup ?
Disayangi dan dihargai, cukup bermakna untuk saya.
Tapi, kalau dapat banglo sebuah pun lagi saya suka.
11. Pernah tak korang berkorban untuk orang lain semata-mata nak tengok dia bahagia dan anda pula menderita dalam diam ?
Tak pernah, tapi kalau dah sayangkan seseorang tak mustahil akan berlaku keadaan begini.
Selesai menjawab soalan daripada Wana ni.
Terima kasih Wana sudi bagi saya award ni.
Lihatlah dunia !!!!