السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Awal bulan Oktober ni, kami kat Kelantan ni digemparkan dengan limpahan air sungai di Gua Musang. Time tu, cheq dah terimbas nostalgia hadapi banjir hujung 2014 dulu. Betapa peritnya hadapi bencana alam tu tanpa persediaan awal. Kerana kami menjangkakan banjir 2014 tu seperti tahun-tahun sebelumnya, dimana air langsung tak jejak bandar Kota Bharu.
Rupa-rupanya sangkaan kami meleset. Dengan kekurangan tenaga manusia yang berpengalaman. Peralatan menyelamat yang tak lengkap. Kami tetap bersemangat untuk menyelamat nyawa dan harta benda orang awam.
Insyaallah, tahun ni kami pasukan keselamatan dah bersedia untuk hadapi bencana alam ini. Bukannya meminta bencana alam ini berulang lagi, sekurang-kurangnya terbuka pihak atasan tentang kekurangan kami dalam usaha menyelamatkan nyawa orang ni.
Kami telah dibekalkan dengan bot dengan kuasa kudanya yang gagah berlari. Insyallah dapat memintas aliran air yang laju. Para-para penyelamat pun dah pun pergi kursus untuk mengemudi bot, berenang, menyelam dan segalanya berkaitan dengan air ni.
notajarihalus : yang pastinya bulan Disember ni cuti ahli-ahli pasukan keselamatan ni akan dibekukan.
BELUM TIBA MASANYA LAGI

