TAPAK TANGAN MUDAH BERPELUH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dari dulu lagi cheq mempunyai masalah cepat berpeluh di tapak tangan.
Malahan makin kerap dan banyak peluh pada masa sekarang ni.
Memang sangat-sangat menganggu tugas harian cheq.

Di pejabat, cheq selalu menulis menggunakan pen.
Baru setengah jam menulis, tangan dah berpeluh.
Jadi nak pegang pen dah tak lekat.
Nak kata cuaca panas, rasanya bukan sebabnya dalam pejabat cheq tu aircondnya dah berada di bawah tahap beku sejuknya.

Kalau guna laptop lagi sakit jiwa, tambahnya kalau tak guna mouse tu.
Habis papan sensor tu cheq tonyoh-tonyoh tapi anak panah kat desktop tu tak gerak-gerak pun.
Setiap kali nak guna kena lap dulu papan sensor dan jugak tapak tangan.

Macam-macam lagi kesulitan kalau tapak tangan ni berpeluh.
Kalau memandu, setereng kereta tu kena lap selalu.
Sama juga kalau menjahit manual, payah sangat cheq nak tekan jarum tu masuk ke dalam kain.
Licin macam kena minyak.

... adalah kumpulan mulai dari gambar tangan bersalaman gambar tangan
sekadar gambar hiasan

Dalam pejabat cheq memang cheq dah sediakan tuala dan tisu.
Agak-agak tapak tangan tu dah dilap tapi masih berpeluh, cheq balut ja pen cheq dengan tisu.
Dalam beg tangan cheq pun sentiasa ada sapu tangan.
Kalau tak guna untuk lap peluh, boleh buat lap hingus.
hehehehe..

Rasanya cheq macam tahu ja puncanya.
Stress...
Sekarang ni cheq rasa stress sangat.
Kalau boleh tu dalam satu masa cheq nak buat 2,3 kerja sekaligus.
   Kiri, kanan, depan, belakang semua kerja nak kena siapkan segera.
Dah terkejar-kejar. Takut terlepas due date..itu yang berpeluhnya.

8 comments:

  1. dulu saya ada kawan yang tangan dia kuat berpeluh..
    then bila jumpa doktor, dia cakap kena operate buang something odekat bhgn jantung kalau tak silaplah... yang jadi tangan berpeluh...

    n kalau akak tengok af zaman heliza helmi... dia pun alami masalah sama... tangan berpeluh... rasanya dia pun pergi operate..

    ReplyDelete
  2. saya dulu pun pernah tapak tangan berpeluh-peluh masa time study dulu.. memang sebab stress dan cemas.. huhu.. alhamduLILLAh now dah takde lagi..

    jom folo saya

    ReplyDelete
  3. anak kak ana pun mengalami masalah yang sama mama, :)

    ReplyDelete
  4. Ekin pernah alami kak.ann mcm tu

    ReplyDelete
  5. Normal kan.. Tapi kalau terlebih satu penyakit..

    ReplyDelete
  6. wooo CT ada gak kawan macam ni.. tapi dia buat tatau je..
    dia rimas kalo kena salam ngan orang je.. other than that dia x sentuh orang eheh..

    ReplyDelete
  7. ada sorg kawan pon macam ni..dia kerja bahagian store..tapi kerana tak tahan dengan tangan yang kuat berpeluh dan keadaan store yg agak berhabuk/kotor..dia dah resign..huhuhu

    ReplyDelete
  8. oh kalau stress memang boleh jadi macam tu ye. susah juga eh. kita ada kes macam ni tapi dalam term yang berbeza. kita x boleh stress sebab kita ada psoriasis

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.