KAKAKKU BEKAS PESAKIT KANSER

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Perbezaan umur cheq dengan kakak sulung cheq adalah 10 tahun. 
Masa kakak cheq ni berusia 20 tahun, dia telah pun bernikah dengan pilihan keluarga sendiri.
Alhamdulillah, mereka bahagia dan dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.

Kakak cheq disahkan mengidap kanser payudara pada hujung bulan April 2013.
Kakak cheq menyedari ketumbuhan tu sejak permulaan lagi dan menganggap perkara biasa.
Kerana terlalu sibuk menjaga emak mertuanya yang lumpuh dan nyanyuk hingga terlupa nak membuat pemeriksaan.
Atas nasihat suami dan keluarga, kakak cheq pergi jugak buat pemeriksaan.



Sebulan selepas itu kakak cheq menjalani pembedahan.
Setelah beberapa jam berada di dalam dewan bedah, akhirnya ketumbuhan sebesar bola pingpong berjaya dikeluarkan.
Dan kakak cheq juga turut kehilangan sebelah payudaranya.
Selepas luka-luka pembedahan sembuh, bermulalah rawatan kimioterapi.
Setiap kali selesai rawatan kimioterapi, kakak cheq akan jadi selemah-lemahnya.
Nak bangun berdiri pun tak bermaya. Makanan yang dimakan semuanya keluar balik.
Dan setiap kali rawatan kimioterapi selesai, emak ayah akan bawak kakak cheq balik ke rumah emak ayah kat kampung.
Biar kakak cheq berehat. Anak-anak ditinggalkan untuk abah diaorang uruskan.

Cheq pun tak pasti berapa banyak sesi rawatan kimioterapi yang kakak cheq kena buat.
Habis rambut dan bulu kening kakak cheq gugur.
Selesai rawatan kimioterapi, kakak cheq kena ikut rawatan radioterapi plak di Pulau Pinang selama sebulan.
Sekali lagi anak-anak ditinggalkan dengan abah diaorang.

Sehingga sekarang kakak cheq masih lagi membuat pemeriksaan susulan di hospital.
Dan sampai sekarang juga cheq memang tak berani nak bekas payudara kakak cgeq yang dipotong tu.
Masa awal-awal pembedahan dulu, setiap kali diselaknya baju kakak tu, cheq akan lari dulu. Seriauuuu....

Notajarihalus : katanya kalau menyusukan anak dengan susu badan sendiri, risiko untuk dapat kanser payudara tu susah. Kakak cheq menyusukan sendiri 5 orang anaknya. Dan itulah ketentuan Ilahi, takde sapa dapat mengelaknya

9 comments:

  1. Ya Allah, moga kakak terus bertabah.. jika berminat, boleh cuba vivix utk bantu bina sel baru dan matikan sel2 rosak.. lebih elok dari buat kimo sebab buat kimo effect pada sel2 badan yg lain..

    ReplyDelete
  2. ya Allah besarnya dugaan kakak mama, tabahnya dia. smg terus sihat insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Allah... payudara tu aset seorg perempuan kan..sedih baca.. semoga akk tetap kuat mengharungi kehidupan dia.. dapat suami yg memahami..syukur

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar, sedihnyaaa..semoga Allah meringankan beban dan sakit kakak mama an..

    ReplyDelete
  5. Semoga kakak sulung kak ann tabah ya

    ReplyDelete
  6. masha ALLAH sedihnya dengar mama. moga2 kakak sulong mama kuat menghadapi dugaan. dah takdir kan. orang yang jaga pemakanan sungguh2 pun boleh sakit juga

    ReplyDelete
  7. sedih bila dengar ada ahli keluarga kita sendiri sedang menanggung kesakitan. moga kakak sis tabah.

    ReplyDelete
  8. yup semua tu kerja Allah.
    kalau Dia nak beri sakit, tak sape boleh menghalang nya.
    memang kebarangkalian nak kena breast cancer kpd org yg susukan anak sgt rendah.
    tapi ni kajian sains. kajian manusia.
    moga kakak ann sihat sejahtera ye dan kuat harungi hari-hari mendtg.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.