HARI KELUARGA KB COPS DI PCB

Assalamualaikum...

Ini adalah entri tertunggak.

Setelah 5 tahun cheq bertugas di Kota Bharu, inilah pertama kali cheq join hari keluarga ni. Sebabnya inilah kali pertamanya jabatan cheq anjurkan hari keluarga ni. Sebab ketua ni cheq ni memang aktif, mesra dengan pekerja dan dia jugak nak seimbangkan antara kerja dan riadah.


Bertempat di PCB Resort, acara bermula pada jam 8.30 pagi iaitu aktiviti senamrobik. Anak-anak cheq langsung tak berminat nak join senamrobik sebabnya kat sebelahnya dah berdiri megah suppa duppa. Abah diaorang yang jaga sementara mama diaorang ni berjoget senamrobik. Semua aktiviti berlangsung di tepi pantai.



 

Macam-macam pertandingan yang ada termasuklah untuk anak-anak sekali. Ada permainan lari dalam guni, jalan atas bata, bola tampar pantai, tarik tali, bowling kelapa, belon air dan banyak lagi. Yang paling best adalah games ciptaan cheq and the geng iaitu Selfie Race. Disebabkan cheq salah seorang ajk untuk hari keluarga ni, jadi cheq tak dapat nak join apa-apa game pun. Jadi pom-pom girl ja.







Bila cuaca dah makin panas, anak-anak dah mula meragam, abah diaorang dah bawak balik diaorang dulu. Cheq kena tunggu majlis ni sampai selesai. Alhamdulillah, ada jugak rezeki untuk anak-anak, cheq dapat cabutan bertuah iaitu hamper.



Segala games dihentikan sementara untuk makan tengahari dan solat Zuhur. Selepas Zuhur, pertandingan akhir bola tampar pantai dan tarik tali berlangsung. Memang sengit. Walaupun cawangan cheq tewas awal-awal lagi, cheq tetap bagi support untuk kedua-dua team akhir ni.



 


Majlis ni selesai lebih kurang jam 4.30 petang. Hadiah yang paling hebat iaitu tv 32 inci dan basikal dah pun ada tuannya. Memang happening sampaikan muka cheq terbakar hangus gara-gara berjemur tepi pantai. Semoga tahun depan boleh buat lagi dan nak cipta games-games yang lagi gempak.

6 comments:

  1. meriahnya

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Tinggal kurang 24 jam lagi berakhirnya Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000. Moh kita join
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dapat juga hadiah.
    syoknya family day sambil bersukan sambil mengeratkan ukhuwah sesama kawan2.

    ReplyDelete
  3. Untung la siapa yang dapat tv tu...

    ReplyDelete
  4. wah best nya IPK selangor x pernah buat lagi. Ikut peruntukan jugak la kan. hihik

    ReplyDelete
  5. meriahnya.. best dapat hamper tu

    ReplyDelete
  6. Best nyer Ann.
    meriah.
    aida ni memang suka family day.
    pantang ada, mesti join.
    time pregnen nurin & syuhada dulu pun join :-)
    Walaupun sarat barat nak beranak hi hi...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.