BELUM TIBA MASANYA LAGI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Awal bulan Oktober ni, kami kat Kelantan ni digemparkan dengan limpahan air sungai di Gua Musang. Time tu, cheq dah terimbas nostalgia hadapi banjir hujung 2014 dulu. Betapa peritnya hadapi bencana alam tu tanpa persediaan awal. Kerana kami menjangkakan banjir 2014 tu seperti tahun-tahun sebelumnya, dimana air langsung tak jejak bandar Kota Bharu.

Rupa-rupanya sangkaan kami meleset. Dengan kekurangan tenaga manusia yang berpengalaman. Peralatan menyelamat yang tak lengkap. Kami tetap bersemangat untuk menyelamat nyawa dan harta benda orang awam.

Insyaallah, tahun ni kami pasukan keselamatan dah bersedia untuk hadapi bencana alam ini. Bukannya meminta bencana alam ini berulang lagi, sekurang-kurangnya terbuka pihak atasan tentang kekurangan kami dalam usaha menyelamatkan nyawa orang ni.



Kami telah dibekalkan dengan bot dengan kuasa kudanya yang gagah berlari. Insyallah dapat memintas aliran air yang laju. Para-para penyelamat pun dah pun pergi kursus untuk mengemudi bot, berenang, menyelam dan segalanya berkaitan dengan air ni.

notajarihalus : yang pastinya bulan Disember ni cuti ahli-ahli pasukan keselamatan ni akan dibekukan.

6 comments:

  1. Semoga terus diberikan kesihatan yg baik untuk melaksanakan tugas.. Tugas seorang perwira..")

    ReplyDelete
  2. semoga peristiwa banjir mcm thn 2014 tidak berulang..tapi tak salah jika kita membuat persediaan awal. Thn 2014 tu suami saya pon terlibat dalam misi bantuan dari KKM.. Tahun ni pon nama sukarelawan pon telah diambil untuk langkah bersiap sedia..semoga Allah selamatkan bumi Kelantan dan juga seluruh Malaysia. Keluarga Murni semua dekat Kelantan..

    ReplyDelete
  3. skuad kena lebih tenaga n peralatan.. betul tu bukan nk minta jadi lagi..
    tapi kena prepare awal.. ada kemungkinan..

    ReplyDelete
  4. Semoga skuad berjaya dalam misi tu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. ada pihak keselamatan yang sudah siap sedia menjalankan tugas

    ReplyDelete
  6. moga dijauhi la segala apa malapetaka utk kita semuanya.
    sedih bila kenangkan whatever happened last year.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.