KERENAH BOS-BOS


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak cheq mula bertugas di sini pada tahun 2011 sehingga sekarang, cheq dah berkhidmat dengan 3 orang bos yang kesemuanya lelaki. Bermacam-macam perangai dioarang ni tau. 

Bos cheq yang pertama adalah non-muslim. Orangnya kecik molek ja. Selalu sangat buat spot check ke bilik-bilik anak buahnya. Kalau time dia marah, memang carut-barut keluar dari mulut dia, tapi bila dia dah cool, dia sendiri yang akan pergi cari orang yang dia maki hamun tu. Ajak keluar minum, jadi kitaorang memang tak pernah ambik hati pun dengan perangai dia tu. Walaupun dia non- muslim tapi bab hukum-hakam agama islam memang dia sangat terror. Takleh nak lawan, nak potong cakap dia bab agama ni. Bos cheq ni dulunya belajar di UIA. Cheq pernah tanya, kenapa tuan tak masuk Islam? Jawabnya, selagi emaknya tak meninggal, dia takkan masuk Islam. Semoga bos cheq ni cepat dapat hidayah.

Bos cheq yang kedua ni lapor diri pada tarikh yang sama cheq bersalin Damia. 3 bulan kemudiannya, barulah cheq berkenalan dengan dia. Inilah satu-satunya bos yang sangat kedekut bab cuti-cuti ni. Kalau kita mintak 10 hari, dipotongnya tinggal 5 hari. Nak balik Kota Tinggi dalam 5 hari, ingat cukup ke? Tapi kalau dia plak yang cuti, 2 minggu panggilan telefon kita tak berjawab. Sekarang ni bos cheq ni dah pindah ke daerah lain. Anak-anak buah dia sekarang ni plak jadi mangsa. Nasiblahhhh... Bos cheq ni lah yang pertahankan cheq daripada kena tukar ke daerah lain. Sanggup dia naik turun jumpa bos besar tak bagi cheq berpindah.


Gambar tiada kena-mengena dengan tajuk.


Bos yang sekarang ni plak tersangatlah pemurah. Kalau pergi mana-mana ja mesti ada buah tangan untuk kitaorang. Bab cuti plak memang tak kedekut. Kalau mintak 14 hari, kompom dapat. Bab kerja, memang dia akan sentiasa mintak pendapat dan tak pernah tekan anak-anak buah kat bawah dia ni. Selalunya dia akan turun padang bersama kami. Kat Kota Bharu ni dia bujang, family dia masih kat Penang. Jadi kalau nak makan, dia dah war-warkan dalam group watsap join dengan dia. Sapa-sapa yang sengkek bulan tu, bolehlah ikut dia hari-hari. Jimat beb... Cheq yang pompuan ni takde lah nak join selalu bos cheq ni, kecuali lah sarapan pagi ramai-ramai kat kantin. Semoga makin murah rezeki bos cheq ni dan permudahkanlah urusan dia untuk pindahkan keluarganya ke Kota Bharu ni.

notajarihalus : bila dah jadi bos ni, kenalah selalu jugak tengok-tengok ke bawah anak buah tu. Kenalah ambik tahu jugak masalah diaorang. Jangan lepas tangan dalam bagi arahan. Kalau anak buah tu tak boleh nak buat, jawabnya sendiri tanggunglah nak buah oii..mana boleh gitu. Anak buah ni kalau ke mana pun pergi, tetap akan bawak nama bosnya. Kalau anak buah gagal, maknanya bos pun gagal dalam memberi tunjuk ajar.

6 comments:

  1. setiap bos lain2 karenah nya..kan??tapi dlam buruk2 tetap ada baiknya...

    ReplyDelete
  2. Bos yang baik akan disenangi anak buah

    ReplyDelete
  3. macam2 pe'el bos kan.. best nya cam gitu. hihik

    ReplyDelete
  4. Sabar jer lah dengan kerenah bos2 nih ... Sebaik bos saya kat Rumah nie ok ... Huhuhu ...

    ReplyDelete
  5. da jadik anak buah, gitu la ann.
    aida akan cuba copy paste pe'el bosses yg baik budi.
    nak jadi bos yg baik la jugak kat anak2 buah aida :)
    moga kita selalu didoakan oleh anak2 buah.

    ReplyDelete
  6. bos macam2 perangai begitu la hihihi

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.