BUKAN SENGAJA MENIMBULKAN KEKELIRUAN

Assalamualaikum...

Awal Ogos haritu, cheq ada tukar gambar profile cheq kat facebook.
Sebabnya dah boring tengok gambar yang sama untuk waktu masa yang lama. 
Cheq sendiri pun boring tengok gambar sendiri, apatah lagi orang lain yang tengok.
Belek punya belek, cheq berkenan dengan gambar di bawah ni.
Jadi cheq pun tukarlah....
Tak sangka plak dapat ucapan tahniah dari ramai kawan-kawan.
Diaorang ingatkan ni gambar terbaru cheq.
Ini adalah gambar semasa cheq mengandungkan Damia dan cheq pun pernah paparkan gambar ni dalam facebook.




Cheq dah pun memperbetulkan keadaan dengan meminta maaf di facebook. 
Tak sangka plak gambar ni boleh buat orang lain terkejut.
Orang-orang kat tempat kerja cheq pun mai ucap tahniah, padahal hari-hari nampak cheq berulang-alik, lompat-lompat naik tangga lagi.
Al-maklum la badan cheq ni cubby, tapi agak-agak la perut cheq taklah nampak sebesar dalam gambar ni.
Bila dah ceritakan hal sebenar, masing-masing tanya bila nak tambah lagi.


Ingatkan bila dah cheq dah terangkan dalam facebook, ada la orang alert.
Rupanya saudara sendiri yang tak ketahuan lagi.
Semalam berwasap dengan adik-adik ipar dan biras.
Boleh ditanyanya bila cheq nak bersalin.
Aduhhh....malas nak kata apa dah.
Biarlah mereka tertanya-tanya.

9 comments:

  1. .tapi kan oklah kira doa la jgk tuh..mana tahu ade rezeki lagi dapat adik la Damia..hehe

    ReplyDelete
  2. Pssttt, bila nak tambah ?

    Hehehe ... Jgn marah eak ...

    ReplyDelete
  3. hihi..moga damia dpt adik lagi..:)

    ReplyDelete
  4. kelaka baca group wasap family mama, huhuhu...

    ReplyDelete
  5. kelaka baca group wasap family mama, huhuhu...

    ReplyDelete
  6. kahkahkah.. bila nak tambah tue??

    ReplyDelete
  7. ha ha ha tu tanda nyer murah rezeki, ann.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  8. kakak org tnya bila nak tambah lg.. ekin pulak org tnya bila nak ada anak dah setahun belum ada lagi mcm2 org kata kat ekin ni..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.