CONTEST JUBAH BY ZAZA IMAN


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 Contest Jubah By Zaza Iman


www.zazaiman.com merupakan sebuah blog personal dan lifestyle seharian seorang blogger. Banyak berkongsi tentang motivasi, tip, dan juga review mengenai produk-produk yang pernah digunakan.
Pemiliknya Zaza Iman juga membuat servis cetakan kad bisnes dengan harga hanya RM55 je untuk 3 kotak ( 300 pcs ). Juga menjual secara online produk pakaian. Untuk sebarang tempahan kad bisnes dan lain boleh berhubung terus melalui instagram @byzazaiman
Contest Jubah By Zaza Iman
Berita baik, www.zazaiman.com kini sedang membuat SATU CONTEST iaitu CONTEST JUBAH BY ZAZA IMAN. Dimana hadiah yang ditawarkan adalah :
HADIAH YANG DITAWARKAN 

1 x Miri Jubah @ Riya Baju Kurung By Zaza Iman
1x RM10 Topup by Tengkubutang


Nota ** 
seorang pemenang yang berjaya boleh memilih sama ada mahu
jubah merah atau baju kurung hitam
Sekiranya baju yang dipilih kehabisan stok, maka baju lain akan digantikan dimana anda juga boleh memilih SATU dari  beberapa pilihan yang ditawarkan
Yeahhh..best kan??
Kalau korang nak join boleh klik SINI .   

MEMORIES OF BALI - MENGGAMIT MEMORIKU

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Memories Of Bali, adalah salah satu drama Korea yang cheq minat. Sebab boleh terminat adalah kerana dapat hadiah VCD cerita ni daripada seorang kawan semasa cheq kerja kat Negeri Sembilan dulu. Masa tu cheq baru mula kerja, duk sorang-sorang, ada la masa untuk layan cerita Korea ni. Rasanya tahun lepas masa cheq duk kemas-kemas stor ada terjumpa VCD tu, tapi dah tak boleh nak tengok lagi sebab bila pasang ja tersangkut. Banyak sangat calarnya.

Sinopsis Lengkap Memories of Bali (Episode 1-20) Tamat

Dibintangi oleh dramatis In Seung, Ji Won, Ji Sub dan Ye Jin. Mengisahkan seorang perempuan muda bernama Lee Soo Jung bekerja seorang pemandu pelancong di Bali, Indonesia yang berasal dari Korea demi mengubah kehidupannya. Kemudian bertemu dengan Jae Min, In Wook dan juga Young Joo di Bali, yang mana ketika itu mereka bertiga sedang terjerat dalam cinta segitiga. Young Joo, tunang kepada Jae Min datang ke Bali untuk bertemu dengan kekasihnya In Wook, tanpa disedari Jae Min datang mencarinya di Bali dan mencetus rasa kecewa, sakit hati, cemburu dan rasa dikianati.


Sekembalinya di Korea, Soo Jung telah menghubungi Jae Min untuk mendapatkan pekerjaan. Manakala In Wook pulak menjadi jiran kepada Soo Jung. Cinta segitiga antara Jae Min, In Wook dan Young Joo bertambah rumit dengan kehadiran Soo Jung. Kalau nak tahu kisah selanjutnya, bolehlah layan kat Astro channel 393. Bersiaran pada hari Isnin sehingga Khamis pada jam 5.45 petang. Jangan lupa temujanji kita...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk cheq sekeluarga menunaikan ibadah puasa tahun ni.

Hari pertama bersahur, mudahnya anak-anak bangun bila dikejutkan, termasuklah yang kecik sekali. 

Keterujaan menjalani ibadah puasa yang hadirnya setahun sekali. Semoga diberi kekuatan untuk kami sekeluarga menghabiskan ibadah puasa hingga ke akhirnya.

 Diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..