LIF OH LIF



السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Alahai lif... Minggu ni dah berapa Kali buat perangai. Keluar pintu rumah, tengok lif tak berfungsi, mula lah hilang mood nak berjalan.



Cheq yang duk kat tingkat 4 pun dan tercunggap-cunggap, kesian orang yang duk tingkat 7, 8 nun.

Sayup nak turun ke bawah

Pengurusan yang jaga hal ni pun fail. Kadang-kadang telefon sekali dua pun takdak action lagi. 

Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Cheq pernah terlekat dalam lif tu lebih kurang 15 minit. Dengan gelap dan panas. Nasib baik ada line telefon, bolehlah telefon minta bantuan.

TAK SUKA BOMOHKAN JA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Rabu 2 minggu lepas, lebih kurang 9 malam kerani cheq (pompuan) hantar wassap dalam group mintak maaf, mintak halal segalanya. Kitaorang yang baca ni dah naik risau. Kerani cheq ni memang tengah skit.

Malam tu jugak, 3 biji kereta rakan sekerja cheq pergi melawat dia. Disebabkan malam, cheq tak dapat nak ikut. Keesokan paginya, lepas taklimat cheq serombongan pergi melawat dia. Sampai rumah dia memang rasa lain, rasa seram. Sedih tengok kerani cheq duk terbaring camtu, sebab sebelum ni dia ligat sangat. Yang lagi sedih, doktor pun tak dapat nak kesan sakit apa, hanya bergantung pada morfin untuk tahan sakit.

Seminggu dah berlalu, barulah keluar cerita yang pada malam tu kawan-kawan cheq kena kacau lepas melawat kerani cheq tu. Ada sorang anak buah ni, dia memang boleh nampak benda-benda ghaib ni. Malam depa sampai rumah tu, benda tu dah tercongok kat bumbung. Time balik pulak, benda tu muncul kat setiap selekoh. Nasib baik tak jadi apa-apa kat depa. Patutlah cheq rasa seram masa duk kat rumah dia.

Ehsan : Google

Sekarang ni kerani cheq tu ada kat ICU. Doktor terpaksa tidurkan dia. Rupa-rupanya kena buatan orang. Nasib baik jugak doktor tu benarkan ustaz masuk ubatkan kerani cheq ni. Orang yang buatkan dia pun dah dikenalpasti, cuma tak disangka orangnya. Mudahnya caranya, tak suka kat seseorang tu, bomohkan ja. Tak ingat dosa dah. Biar Tuhan ja yang balas perbuatan dia tu. Semoga kerani cheq ni sihat seperti sediakala. Amin.

CARA UNTUK HILANGKAN GELAP DI BAWAH MATA

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Ehsan : Google

Minggu lepas adalah salah satu minggu yang paling busy dalam jadual kerja untuk tahun ni. Lawatan kerja dari Pengarah hanyalah sehari saja tapi persiapannya makan seminggu jugak nak siap. Cheq pulak kena bahagian untuk siapkan laporan. Hari-hari tengah malam baru sampai rumah. Nasib baik laki ngan anak-anak memahami. 

Disebabkan tak cukup tiduq dan mata sentiasa duk mengadapkan komputer, makanya  bawah mata pun gelap atau lebih mesra cheq panggil "mata panda". Time tu nak tengok cermin pun takut.

Jadi, cheq cari jalan penyelesaiannya dengan bantuan pakcik google. Rupanya bukan setakat tak cukup tiduq ja, kemungkinan juga disebabkam kekurangan vitamin atau zat dalam badan, masalah hidung sering tersumbat dan mungkin juga disebabkan faktor genetik atau keturunan boleh menyebabkan jadinya gelap bawah mata ni.

Berikut merupakan beberapa tips mudah untuk menghilangkan lingkaran di bawah mata :-

1. Pudina
Hancurkan daun pudina dan sapu pada bahagian bawah mata. Cara ini dikatakan mampu untuk mengurangkan warna gelap di bahagian bawah mata.

2. Ubi kentang
Kalau daun pudina susah nak cari, kita guna ubi kentang yang mana senang nak cari. Caranya cuma potong ubi, dan hirisannya tu letak kat bawah mata. 

3. Dehidrasi
Bila dah busy, makan dan minum pun kita lupa. Banyakkan minum air. Bila badan kurang air badan akan alami dehidrasi akan menyerlahkan lagi lingkaran gelap bawah mata.

4. Tidur yang secukupnya.
Kurang tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap bawah mata cumanya ia akan memburukkan lagi masalah itu. Bila kurang tidur, kulit akan hilang keanjalan serta kelembapan.

5. Uncang teh
Petua ni la yang cheq gunakan sebab uncang teh memang sentiasa ada dalam peti ais. Sebabnya cheq selalu buat teh ais dan simpan dalam peti sejuk. Jadinya uncang teh berperisa teh susu cheq letak kat bawah mata cheq. Boleh letak dalam tempoh 15 - 20 minit.

Sapa-sapa yang alami masalah bawah mata gelap bolehlah ikut petua ni. Diulang sekali lagi masalah bawah mata gelap bukan gelap mata. Sharing is caring.