ANAK SAUDARA BARU


Assalamualaikum 💖💖💖

Alhamdulillah, semalam dapat lagi seorang anak saudara. Anak saudara cheq yang ke-14, dan juga cucu tok AniNot yang ke-17.

Yang syoknya baby baru ni berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan Damia iaitu 1 April. Damia keluar jam 7.58 malam, baby boy ni keluar jam 11 malam dengan seberat 3.68 kilogram.



Ini adalah anak kelima bagi kakak cheq yang kedua. Termasuk baby baru ni, depa laki bini ada 5 orang anak laki. Ingatkan yang bongsu ni baby pompuan tapi keluaq baby boy jugak. Tak kisah, yang penting baby dan mak baby selamat.

Haritu masa cheq cuti kat kampung, kakak cheq tak beranak lagi. Dah ni, bila plak cheq boleh balik tengok baby baru ni. Syoknya nak cium bau baby.

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.