SAMBUTAN HARI LAHIR DAMIA

Assalamualaikum 💖💖💖

Nur Damia Farhanah bt Halim dilahirkan pada 1/4/2013 jam 7.58 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Jadinya semalam adalah ulangtahun kelahirannya yang ke-4 tahun. Alhamdulillah, Damia membesar dengan sihat dan semakin cerdik. 

Pada mulanya rancang nak sambut besday Damia kat school ja tapi besday Damia jatuh hari minggu. So, sambut kat rumah ja. Pada sebelah siangnya, cheq dan husband tunaikan permintaan dia untuk main dalam Kidszone di Aeon Mall. Dah lama sangat berjanji nak bawa dia, so semalam baru ada kelapangan. Hambik kau, nak dekat 3 jam dalam tu. Kakak ngan adik pun tumpang main jugak.




On the way balik tu, singgah kat Secret Recipe untuk beli kek besday. Memang bagi Damia yang pilihkan kek. Tapi takdak yang berkenan kat hati dia. Dia nak kek yang ada gambar kartun pulak. Kat situ takdak, jadi terpaksa pergi ke kedai lain. Akhirnya jumpa jugak kek yang dia berkenaan, kek spam biasa ja yang ada gambar Mickey Mouse. Mama dan abah dah offer kek mahal, dia nak cari yang murah. Ikut mu la, Damia.









Upacara potong kek buat kat rumah ja. Hanya disambut kami sekeluarga. Yang penting besday girl happy.

No comments:

Post a Comment

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.