BELA KUCING MAINAN PUN JADI LA

Hai semua...


Selamat berhari minggu. Hari minggu ni cheq sekeluarga duk kat rumah ja. Takdak planning nak pergi mana-mana pun. Hanya buat kerja rutin harian di rumah.


Dah lama Diyanah mintak nak bela kucing. Masa duk kampung haritu, hari-hari dia ikut kucing mak, dukung dan belai kucing tu.

Cheq tak berapa minat sangat nak bela kucing ni. Takut tak dapat bagi komitmen kat dia, tak pasai-pasai cheq dapat dosa. Lagipun anak sulung cheq, Dinah takutkan kucing.

Semalam, saja ja keluar makan angin kat uptown tengah bandar. Diyanah nampak kucing mainan ni, terus pegang tak lepas. 

Sambil makan pun boleh tengok kucing. Asalkan kucing tu
berbunyi dan kaki menguit-guit

Tercapai jugak hasrat dia nak bela kucing bila husband cheq belikan seekor untuk dia. Bonus untuk Damia sekali dapat jugak seekor.





Bangun pagi ni terus cari kucing dia. Senang sangat nak jaga kucing ni. Tak payah bagi makan, takyah cuci. Cuma tukar bateri baru ja kalau dah bunyi meleret-leret tu.

Selamat berhujung minggu~~




9 comments:

  1. comel...rasanya Thaqif tak pernah lagi jumpa kucing ni. dia penakut kucing.rasanya kena beli sekor bg hilang fobia tu

    ReplyDelete
  2. haha..jimt belanja mak dia..:)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...mama dtg dr segmen yg sama...jom join segmen mama
    http://maszull.blogspot.my/2017/04/segmen-mama-nak-url-blog.html

    ReplyDelete
  4. ha ha ha good idea la ni, ann.
    senang le ati anak-anak ekk.
    kucing menan pun kucing menan la :) ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. hehe..ok lah tu .Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    ReplyDelete
  6. ok tu.. senang sangat nak jaganya... hihihi.. kena maintain bateri je..

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  7. Saya bela kucing tapi luar rumah. Pagi dia datang. Tengah hari dia datang. Petang dia datang. Tiga kali datang se hari untuk makan. Waktu lain tak datang. Tak kurang dari 12 ekor.

    ReplyDelete
  8. alahai xpe bela kucing mainan pelepas rindu kucing betul hihihihi

    ReplyDelete
  9. senang yang amat cam ni hihi.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.