LOVE HUNTER - LIRIK LAGU SAMBUTLAH KASIH



Hai semua...

Sejak cheq tertengok Hazama menyanyi lagu ni masa dia menyamar jadi gelandangan haritu, terus cheq suka. Padahal sebelum ada juga dengar husband cheq nyanyi, tapi tak tertangkap kat jiwa pun, heheheh...

Kumpulah ni namanya Love Hunter daripada Singapura. Dan lagu ni pulak kalau tak silap tahun 1991. Zaman-zaman rock kapak. Kat situ ja yang cheq tahu pun.


Ni liriknya


Tak pernah ku menduga
Gelora jiwa sesali dada
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
Bagaimanakah nantinya
Aku dapat merasakan
Rasa cinta di hatiku
Hanyalah untukmu kekasihku

Mendung dalam sinar matamu
Kenangan duka masa lalu
Kepasrahan...

( korus )
Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Demi cinta kurela menanti
Takkan goyang walau badai kan melanda
Seribu tahun kutetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi 
-  tamat -
Jom layan muzik video pulak


3 comments:

  1. sedap dengar lagunya.. hai kak ana lama tak singgah sini

    ReplyDelete
  2. Lama tak singgah sebab takde cite kat blog ni. Sunyi dan sepi XD

    ReplyDelete
  3. aida biasa dgr lagu ni...
    ok la.

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.