KEJADIAN MENAKUTKAN DALAM LIF

Hai semua..
Selamat berhujung minggu. Harini hujung minggu kat negeri Kelantan tapi cheq baru ja habis kerja pukul 5 pagi tadi. Rasanya hari minggu cheq ni satgi habis atas tilam ja kut. Sekarang ni (jam 8.45 pagi) baru rasa ngantuk.

Nak cite pasal kisah cheq balik kerja tadi. Rumah cheq di tingkat 2, tentulah kena naik lif sebab malas nak naik tangga kan.

Bila pintu lif terbuka, nampak satu makhluk ni duk keras kat hujung lif sebelah kanan. Takde gerak-gerak pun. Cheq dah serba salah nak masuk lif ke tidak. Pintu lif tertutup dan cheq tekan buka sekali lagi. Makhluk tu tetap terpaku kat situ jugak. Hishhhh, nak naik tangga time tu, rasanya lagi seram kut. Sunyi dan gelap.

Ehsan : google


Cheq cekalkan hati, langkah masuk ke penjuru lif sebelah kiri. Tutup saja pintu lif tu, makhluk tu terus menuju ke arah kaki cheq, maunya cheq tak melompat. Cheq lompat ke kanan, dia pun ke kanan, cheq lompat ke kiri, dia pun ke kiri jugakkkk....main banyak makhluk ni. Dah macam menari tap (tarian yang kasut berbunyi tu) dalam lif tu. Nasib baik rumah cheq tingkat 2 ja, tu pun berpeluh sakan jugak melompat. Tak pasai-pasai kena bodoh lipas tu dengan cheq.

Ehsan : google


Sebenarnya cheq bukan takut dengan lipas tu tapi dah nak naik merayap ke kaki tu yang tahan gelinya. Hang lipas nak memusing dalam lif tu 49 kali sampai muntah pun cheq tak kisah tapi jangan gatai-gatai nak merayap kat kaki cheq ni. Huiiishhhh, geli nyahhh.


7 comments:

  1. La....lipas rupanya...ingatkan apa tadi..

    ReplyDelete
  2. selamat pagi. kalau sha dah jerit dah kalau dia datang dekat ><

    -https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerit jugak tapi dalam nada yg slow jer. Takut jaga habis satu blok ni XD

      Delete
  3. ha ha ha gabra aida baca awal2.
    cik lipas rupa nyerrr...

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.