HAPPY 1ST ANNIVERSARY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dalam tak sedar, rupanya blog cheq ni dah genap umurnya setahun pada 10 Julai haritu.
Terlampau busy dengan kerja dan persiapan raya, hinggakan dah lupa dengan "baby kecik" cheq ni.
Sehingga kini dah ada sebanyak 783 entri yang cheq coretkan.
Entri pertama cheq adalah cerita pengenalan tentang cheq dan family.
Ceritanya di entri ----> SINI

Pada mulanya cheq hanya suka membaca kisah-kisah dari blog.
Bila difikirkan, apalah salahnya jika cheq pun ada blog cheq sendiri.
Isi kandungan blog pun hanyalah tentang kehidupan cheq dan keluarga.
Selain itu dapat jugak menambahkan kenalan.

Rintangan dalam berblog tetap ada. 
Kadang-kadang idea datang bertubi-tubi tetapi masa plak tak mengizinkan cheq mengetuk papan kekunci laptop.
Kekadang plak, menumpang dagu di hadapan laptop menunggu idea nak menulis.

Cheq tak rasa bila kita berblogging ni sebagai persaingan tetapi perkongsian.
Kita berkongsi bermacam-macam cerita tentang orang ramai.
Kekadang orang luar lebih tahu kehidupan kita hanya dengan membaca cerita kita di blog.
Paling cheq tak suka bila ada orang kata cheq meniru seseorang dan takdak pendirian.
Itupun hanya disebabkan cheq suka  bertukar template blog pada awal berblogging dulu.
Tetntulah kita mahukan yang terbaik dan mampu menarik ramai pembaca.

 Terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan datang membaca cerita-cerita blog cheq ni.
Walaupun banyak cerita yang merapu.
Cheq akan cuba memperbaiki segala kekurangan yang ada.

KAD RAYA LAGI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setelah beberapa tahun lamanya cheq tak terima kad raya.
Tahun ni berderet-deret cheq terima kad raya.
Itulah untungnya ada kawan-kawan blogger yang kreatif mencipta kad raya sendiri.

Hari raya keempat cheq masih lagi terima kad raya.
Biarlah orang nak kata old fashion pun tapi itulah nostalgianya.




First sekali cheq terima daripada sis Suria Amanda . Sebenarnya ini adalah kad raya yang kedua cheq terima dari SA. Mungkin SA terlepas pandang ataupun ada kad raya yang lebih. Hehehe...  Cheq ada baca entri SA tentang nak bagi kad raya ni, cheq pun terus emailkan alamat cheq kat SA. Terima kasih ya SA.

Yang keduanya adalah kad raya dari Mommylizz. Cheq ada menang giveaway yang dianjurkan oleh Mommylizz iaitu Segmen Saya Nak Kad Raya By Mommylizz . Kad raya direka dan dihiasi dengan gambar-gambar produk dari Shaklee nampak begitu cantik sekali. Terima kasih Mommy Lizz.

Yang ketiga ni pun, cheq menang kad raya dari segmen Kad Raya GA By Nina. Tuan punya blog Nina Ahmad iaitu blogger utara tentunya yang reka kad raya ni. Comel kad rayanya dengan gambar seorang perempuan ayu berbaju kebaya warna biru. Terima kasih Nina.

Nanti cheq nak deko ofis cheq dengan mengantungkan kad-kad raya ni. Lagipun raya kan sebulan.

TERPAKSA BUAT KUNCI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Telefon bimbit cheq memang selalu jadi rebutan anak-anak.
Cheq memang tak pernah lock pun telefon ni.
Tapi bila anak-anak cheq dah mula hantar mesej / whatsapp pelik-pelik kat orang, nampak gayanya cheq memang kena buat lock jugak.
Sebelum diaorang hantar yang makin pelik-pelik kannn...
Boleh jadi gaduh laki-bini ni.



Pattern lock pun cheq buat yang mudah-mudah ja.
Sebab cheq ni mudah lupa.
Nanti satu masalah plak bila dah tak ingat, habis kena block.



Inilah salah satu mesej yang dihantar oleh anak-anak cheq.
Nasib baik la cik abe ni sporting.