Sawadikap
Khab kun khab
Selalu sangat ada festival daripada negara Thailand. Banyak barang-barang dari Thailand di pamer dan dijual masa festival ni. Paling best adalah makanannya. Jangan bimbang semuanya muslim yang buat dan jual. Dijamin halal. Pandai plak diaorang anjurkan festival ni time dah dapat gaji.
Harini cheq ada kursus dekat-dekat tapak festival ni. Habis pulak awal, jadi malas nak balik opis. Sementara tunggu kakak keluar sekolah, niat hati nak cari makan kat festival ni. Pagi-pagi orang dah ramai. 2 kali pusing cari parking memang takde. Kali ke 3 pusing baru dapat selit kereta kecil cheq ni, tu pun dah mula nak frust dah.
Mula-mula sampai cheq cari air minum pulak. Air ni diorang jual dalam tiub panjang dan ada kepala paip kat bawahnya. Bila ada orang order, peniaganya just pulas kepala paip tu tadah dalam cawan kertas. Yang menariknya, airnya yang berwarna-warni tu. Pilihan air cheq yang warna hijau tu, air tembikai susu.
Rambang mata jugak nak memilih makanan ni. Yang tak pernah jumpa pun ada. Sambil duk berjalan memilih sambil telan air liur. Semuanya nampak sedap aihh... Banyak kali jugak cheq pusing bahagian makanan ni. Bestnya diaorang ada letakkan tester, jadi kita boleh rasa dulu. Kraftangan, kain baju pun ada jual tapi tak menarik perhatian cheq macam makanan-makanan ni.
Akhirnya inilah makanan yang cheq beli. Masa pun banyak lagi, jadi cheq duduk makan sorang-sorang kat meja yang diaorang sediakan ni.
Seafood goreng RM5.00 |
Pulut pauh yang berwarna-warni. RM5 |
Terlupa plak nak tengok nama kuih ni. Cicah dengan susu RM3 |
Jangan tak percaya semua ni cheq makan seorang diri tak habis pun. Makan sikit pun dah kenyang. Nafsu semata-mata masa nak belinya. Tak sabar nak tunggu bos cheq balik dari kursus kat Bangkok. Katanya nak beli cenderahati sorang sekor gajah untuk kitaorang.
pelbagai jenis makanan patut cuba..kang nyesal..hehehe...
ReplyDeletedekat Kelantan kew ni.Kat mana??
ReplyDeleteMengidap pulak tengok pulut pauh tu.,..
wah..blh g jgk nie..:)
ReplyDeletetetiba rasa lapar... :)
ReplyDeleteni kat mana?
bestnya
ReplyDeleteTerliur tgk pulut pauh tu...yummyyyy!!
ReplyDeleteKat kelantan mmg heaven dgn mknn...org thsi mmg pandai cari duit..mknn diaorang mmg sedap..terbaik.
ReplyDeletesampai bila ni, ann?
ReplyDelete4april aida nak naik kelantan.
ada keje.
sempat x gi festival ni?
alamak! xtau pulk ad thai festival ni
ReplyDeleteSalam singgah pagi jumaat mama...bestnya klu dapat pergi ke festival mcm ni....
ReplyDeleteyumyum. sdp2 makanan semua. churros kot nama kuih tu. kot la. hehe
ReplyDeleteterbaikkk
ReplyDeleteSawadikkap... macam2 ada yer....
ReplyDeleteKuih cicah susu tu sedap... kalu ada kelate memey sampai festival ni sampai bilo tarikh tu.. syoknya
ReplyDeleteFestival ni kat stadium kota bharu sampai 31 mac ja.
ReplyDeleteOooo.x.sempat nak merasa balik kelete 9.4 ni... huhuhu
DeleteBab makanan yang best ni..hehehe :)
ReplyDeleteWah,bestnya dapat usha dan try makanan..IbuNoey pun suka festival macam ni..boleh cuci mata sambil jamu perut..hehe..
ReplyDeletebestnya macam2 ada..kalau wana pun jadi rambang mata nak pilih..hihi..yang paling last tu macam churros..
ReplyDeletewahh.. murahnya seafood goreng RM5. churros RM3. rambang mata ni :)
ReplyDeletekelantan kan dah dekat ngan thai.. jadi mesti ada festival sebegini.. sesekali pergi festival sebegini apa salahnya kan..
ReplyDeletemenarikla yang last sekali tu..macam teruja sangat nk try..sedap tak mama?yanh cicah susu tu..
ReplyDeleteAssalam ann,
ReplyDeletehaah
makanan uols hat last tu namanya churos :)
kalo my mom mesti dia pulun pulut mangga itu he3
festival n makanan memang berpisah tiadalah kan.. memang itulah aim nyaa hahaha..
ReplyDeletesedaaaapnye nak pulut tu.. wooah bagus la jual air macam tu..
inovasi..
wahh bestnye...
ReplyDeletexsempat nak pergi pon..
alaaaa kalau ayu g pon rambang gak mate nie
Mna nk cr balang air mcm tu yer
ReplyDelete