::: PENGALAMAN BARU :::

Permulaan bulan Mac, cheq kena bagi ceramah sekaligus merasmikan majlis penyampaian watikah badan-badan kepimpinan di sekolah menengah. Sebelum ni selalu kena bagi ceramah kat sekolah rendah ja. Kiranya inilah pengalaman baru buat cheq.

Sebelum pukul 8 pagi cheq dah sampai Sek Men Keb Kubang Kerian. Dengan kereta kancil cheq yang berkeladak dengan habuk tu, cheq disambut oleh guru-guru sekolah tersebut. Lepas tu diiring pulak dengan kompang dan bunga manggar. Cheq kahwin dulu pun takde kompang-kompang ni. Malunya tak usah dicakap la..merah padam muka rasanya. Rasa macam nak patah balik ja.

Cheq ambil gambar ni, kemudian send kat
 bos. Bukti cheq hadir.




Dalam daerah Kota Bharu, sekolah ini lah yang mempunyai antara ramai pelajar. 1000 lebih orang pelajar terdiri daripada berbagai bangsa. Sampaikan dewan pun tak dapat menampung diaorang ni. Berhimpun kat padang ja. Dengan panas matahari dan duduk beralaskan kertas suratkhabar, kesian pulak tengok diaorang ni. Nampak gayanya cheq bagi ceramah kejap ja la.

Tiba giliran cheq untuk bagi ceramah. Dup, dap, dup, dap jantung ni. Nak naik pentas tu pun rasa macam tinggi sangat. Bila dah ada kat atas pentas tu, barulah nampak betapa ramainya pelajar. Control beb...jangan nampak sangat gabra tu. Tapi bila dah start bagi ceramah, pelajar-pelajar pulak respon, seronok pulak rasanya. Macam tak mau berhenti bercakap ja. Bila bagi ceramah ni, jangan bagi diaorang bosan ja.. selain daripada cheq bagitau tugas-tugas dan tangungjawab pengawas, cheq selitkan jugak kes-kes jenayah dan dadah yang berlaku melibatkan remaja dan pelajar sekolah ni. Nampaknya macam diaorang pun tertarik dengan cerita cheq tu..

Pelajar-pelajar yang diraikan.

Kesian diaorang duduk beralaskan surat khabar dan
berbumbungkan cahaya matahari yang terik.

Para pelajar yang dilantik berikrar untuk menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Pengetua sekolah memberi kata-kata aluan.


Selesai berucap barulah majlis penyampaian sijil. Pada mulanya seramai 328 orang pelajar yang akan terima. Disebabkan cuaca dah panas sangat, hanya seramai 38 orang ja yang beratur ambil sijil. Selesai sudah majlisnya, cheq dijamu dengan nasi ayam madu. Memang sedap,yang bestnya pelajar-pelajar dari bidang kulinari yang masak sendiri. Cheq bagi berapa bintang yaaa..hehehe

Cenderahati dari pihak sekolah. Yeayy, baju raya dah ada.

Untung pelajar sekarang, jadi pengawas ketua kelas pun diraikan dalam majlis gilang-gemilang. Zaman cheq dulu, cikgu bagitau ja dapat jadi pengawas. Miggu depan datang sekolah pakai baju biru, dah start tugas.

26 comments:

  1. Pandai mama berucap ye..sue dulu hanya dpt sijil je..x de diraikan dlm majlis gilang gemilang gini..

    Smg adik2 dpt bertugas dgn sebaik dan seikhlas hati.

    Rezeki mama x pyh beli baju raya lg dah ;)

    ReplyDelete
  2. pengalaman betul kan..tahniah! hehe..

    ReplyDelete
  3. Wah, Mama bagi ceramah..kalau Cik Mimie memang dup dap dup dap la atas pentas tu..hehe

    Tahniah Mama :)

    ReplyDelete
  4. Haah...sama la nganSA pnh jd pengawas...tp xde la mcm budak2 sekarang....semua ada

    ReplyDelete
  5. hebat.biasa mula2 je rase nebes kan..

    ReplyDelete
  6. tahniah mama..
    zaza bkn dup dap je.. rasa pengsan terus kot kalau bgi ceramah huhuhu..
    bestnya dapat adiah baju raya hihihi..

    ReplyDelete
  7. Assalam ann,
    waaaaaaaaaaaaaaaa
    kagum3 :)

    ReplyDelete
  8. wahh memang terbaik laa mama.. kalau Eyda kena berucap kat pentas maunya dup dap jugak..

    ReplyDelete
  9. wahhhh akak bagi ceramah. nani pun dulu masa jadi pengawas lalui benda macam ni jugak :)

    ReplyDelete
  10. hahah...dah start bercakap tak mau berhenti pulak dah...kalau saya sah terketar2 nak bercakap depan ramai orang..

    ReplyDelete
  11. tahniah boleh berucap dgn jayanya :)

    ReplyDelete
  12. pengalaman berharga ni mama.. :)

    ReplyDelete
  13. mak saya tukang jahit boleh la tempah kat mak saya hehehehe

    ReplyDelete
  14. Tahniah yer... Kalau zumal memang 'ketaq' la ^-^

    ReplyDelete
  15. Mesti orang penting akak ni kan, sebab diberi penghargaan untuk bagi ucapan..bukan senang tu..thums up! ^_^

    ReplyDelete
  16. dasyat gak noh.. diraikan geling-gemilang gitu.. :D

    ReplyDelete
  17. wowww...bagi ceramah tu...Nad dalam bab ni still tak lepas lagi...huahuahau

    ReplyDelete
  18. wah, hebatnya mama..seronok la kan dapat pengalaman macam ni..bukan senang nak dapat kan mama..

    ReplyDelete
  19. bagus juga cara sekolah ini kan.

    ReplyDelete
  20. wahhh...hebat2...
    teringin tgk mama lengkap dengan uniform :)

    ReplyDelete
  21. wah Mama kasi ceramah n watikah.. gempak r sekolah ni..
    jadi pngawas siap ada lantikan hehehe..

    ReplyDelete
  22. wah, saya kompem gelabah nak bercakap dekat depan tu.. mau jadi apa entah nama dia, stage fright. hahahhaha. terkelu seribu bahasa. kalau dah ramai, macam tu la jadinya.. sekolah saya besar sangat sampai padang lak xde. hahahhaha

    ReplyDelete
  23. hebatnya mama! pneceramah ke? :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.