:: MENYAMPAHNYA BILA ADA KAT SINI ::

Ini cerita semalam punya kelmarin punya cerita. Hari yang cheq sangat malas tu. Haaaa, ingat pun. Ngee..ngeee.... Petang tu sebelum pergi ambil anak-anak kat taska, cheq singgah kat kedai Mr DIY dulu. Memang niat nak cari hadiah tambahan untuk giveaway cheq tu. Memang taknak bawak anak-anak datang sini sebabnya dah kena pow dah dengan budak-budak ni masa pertama kali datang dulu. Penuh barang diaorang dalam raga tu. Mungkin ada yang perasan cheq malas sangat hari tu, ada parking kosong betul-betul depan pintu masuk kedai tu. Hehehehe..untungnya, sebab kat area tu memang susah nak cari parking.


Kedai Mr DIY, Jalan Sultan Yahya, Taman Maju, Kota Bharu.

Kedai ni kiranya yang pertama di Kelantan dan baru jer beroperasi. Ada 3 tingkat semuanya. Tingkat bawah tu, peralatan bertukang la kut, aksesori kereta. Tingkat kedua memang untuk kaum-kaum Ibu Iaitu peralatan rumah. Hisssh, macam nak tukar semua barang yang ada kat rumah tu, nak beli yang baru. Tingkat atas ni memang peberet anak-anak, ada permainan, kraftangan dan macam-macam lagi la. Semuanya cantik-cantik. Bukan budak-budak ja suka, emak budak pun suka.



/|\
|
|
|
|

Tu semua benda yang cheq beli. Kononnya taknak bawak anak-anak ke sini tapi tengokkan tu, banyak barang yang cheq beli untuk depa. Buat apa-apa pun mesti ingat anak-anak. Rambang mata singgah kedai ni. Yang menyampahnya macam-macam nak beli tapi time ni belum gaji lagi. Pusing sekali memang tak puas, kena pusing 2, 3 kali biar pekerja situ boring tengok muka kita. Yang bestnya, barang-barang kat kedai ni tak dikenakan GST. 



11 comments:

  1. Wahhh sane pon ade diy ye
    kat area mane tu kak
    ayu klau masuk diy pon rambnag jugak matee

    ReplyDelete
  2. hehe..wanie pun suka jugak beli barang kat D.I.Y ni..tapi kat Bangi yang wanie pernah pergi ni tak besar sangat..kalau besar gini maun rambang mata nie..hehe

    ReplyDelete
  3. memang kalau pegi sini, macam tu la gayanya kalau saya pun kak... ;D
    rambang mata.. semua nak beli, semua rasa macam perlu.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. "Yang bestnya, barang-barang kat kedai ni tak dikenakan GST."
    yeah..boleh shopping sakan kat sini nanti..heheee

    ReplyDelete
  5. mr.diy tak caj gst nanti ekk?
    ha ha ha bagus bagus bagus...

    ReplyDelete
  6. Memang gile masuk kedai mr.DIY ni..tempat Cik Mimie ada 1 baru bukak..hari ni dengar nak bagi payung percuma..hehehe

    ReplyDelete
  7. bestnya..banyak juga hasil tuaian mama..heheh...barang2 pun comel2..

    ReplyDelete
  8. Assalam ann,
    napa ek barang kat situ tak kena GST ???

    ReplyDelete
  9. besarnyaaaa DIY sana.. smpai tiga tingkat.. mmg puas hati nak membeli..
    kat rumah sini ni DIY biasa je macam reban ayam pun ada semaknya.. malas pergi habuk2 semua tak kemas..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.