Petang semalam cheq menghadiri mesyuarat tahunan PERKEP. Persatuan anggota polis wanita, kakitangan polis wanita dan isteri-isteri polis. Datang daftar ja dah dapat cenderahati.
Cenderahati. Menambahkan koleksi senduk kat rumah. |
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi persatuan. Lepas tu pembubaran AJK sesi tahun lepas. Tahun-tahun sebelum tu, cheq salah seorang AJK persatuan ni, tapi disebabkan cheq tak aktif, setahun ja la cheq dalam senarai tu. Tak dapat nak bagi komitmen, memanjang ada mesyuarat. Aktif sangat, tahun lepas buat rombongan ke Bali. Insyaallah tahun ni perancangan nak ke Vietnam pulak. Kena kumpul duit la kalau nak ikut sama.
Tapi, cheq datang mesyuarat ni bukannya nak dengar apa sangat pun. Nak tunggu cabutan bertuah ja. Sesi cabutan bertuah yang terakhir pulak tu, jadi kena la tunggu sampai habis mesyuarat. Kali ni hadiah cabutan bertuah memang sangat menarik. Macam-macam ada. Cheq memang selalu bertuah. Tiap-tiap tahun mesti jer dapat. Tahun ni dapat hamper penuh dengan jajan, jadi rezeki untuk anak-anak la.
Dalam kereta, Damia dah peluk hamper ni. Dia dulu yang pegang jadi dia yang punya. Tak sempat masuk rumah, dah terburai plastik tu. Jimat la sikit, minggu ni tak payah beli jajan dah.
Alhamdulillah murah rezeki mama. Cabutan bertuah depa buat hujung2 nak suruh org dgr smp habis majlis ^^
ReplyDeletesuka kan mama budak2 tgk hamper ni, bertuah lah mama kranya ye hehe ;)
ReplyDeleteAssaam an,
ReplyDeletehe3
best la uols slalu bertuah dapat cabutan bertuah
iols ni memanjang tak dapek sob3
Sungguh bertuah Mama :) heheh..betul tu rezeki anak-anak..semoga terus dimurahkan rezeki Mama :)
ReplyDeletewah, bestnya..alhamdulillah rezeki tu kan mama..jimat sikit duit..hee
ReplyDeleteRezeki itu jangan ditolak..heheh :)
ReplyDeleteSalam singgah pagi sis...Alhamdulillah mama...rezeki anak2 mama ni....
ReplyDeletewah, dapat hamper besar. tahniah mama! :D
ReplyDeleteWah memang bertuah la..sy kalo de cabutan gitu tak pernah dpt haha
ReplyDeletewah, murah rezeki akak ni. hihi. seronoklah anak2 akak dapat hadiah! :)
ReplyDeleteAnak membuatkan rezeki kita bertambah kan.
ReplyDeleteTapi kitew tak ada anak lagi..
Masih menanti.....Sp...sop...sop
Alhamdulillah, rezeki tu..hamper, bukan budak-budak je suka..saya pun suka..hehe
ReplyDeletehehehe dapat hamper memang meriah.. meriah nak tolong bukak lepas tu
ReplyDeleteagih2kan ehehe.. kutip yg mana best dulu miahaha..