:: 3 ANAK 3 NEGERI ::

Assalamualaikum

Dari kanan : KAKAK, ADIK dan BABY

Bila kerja asyik berpindah-randah, jauh dari keluarga di kampung, mula la susah hati bila nak melahirkan anak. Hendak pulak anak sulung. Kadang-kadang lahirkan anak di negeri lain tapi dibesarkan di negeri lain. Sama la macam anak-anak cheq. Si kakak dan adik lahir di negeri belah utagha, boleh la cakap utagha jugak sebab mama dia kat rumah speaking utagha. Untung jugak boleh belajar banyak loghat.

Anak cheq yang sulung KAKAK dilahirkan di negeri KEDAH Jelapang Padi. Anak sulung, mestilah nak bersalin dan berpantang dengan emak. Nyaris-nyaris ada tragis semasa nak melahirkan Kakak ni. Sampai kampung sebelum Subuh, air ketuban pecah selepas Subuh. Yang nak jadi tragisnya tu, cheq balik kampung naik bas sorang-sorang. Kalau tengokkan MyKid Kakak ni, alamat rumah kampung tu memang takde nombor rumah. Kakak la merasmikan rumah baru Wan dan Tok dia. Baru ja pindah masuk rumah 7/8 bulan.

Adik pun sama jugak, sekali lagi merasmikan rumah baru Wan dan Tok dia kat PERLIS. Kali ni memang awal balik kampung. Sempat sambut hari raya haji dan majlis nikah adik perempuan cheq. Hari kenduri, cheq dengan adik duk dalam bilik ja. Berpantang kat kampung pun hanya 20 hari, lepas tu balik Seremban ikut cik husband berpantang sendiri.

Yang terakhir ni Baby, memang cheq niat nak lahirkan dia kat KELANTAN sebabnya masa tu Kakak dah tadika. Rugi plak kalau ponteng tadika semata-mata nak balik ikut cheq berpantang kat kampung. Kononnya cheq ambil cuti awal nak rehat sebelum bersalinkan baby, tak sampai sehari bercuti Baby dah tak sabar nak keluar. Memang rehat dengan baby kat rumah. Emak jaga cheq berpantang dalam 18 hari ja sebabnya cheq dah kuat. Ye lar kann..dah anak yang ketiga, dah expert pun.

Ketiga-tiga anak cheq ni berlainan nombor tengah di mykids diaorang. Ada 02, 09 dan 03. Takde lagi yang sama macam abah diaorang iaitu 01. Anak yang keempat nanti kalau tak berpindah tempat kerja memang akan jadi awe atau mek klate la.

14 comments:

  1. menarik tu...3 anak,3 negeri berbeza...

    ReplyDelete
  2. alahai, napa la comel sangat 3 beradik tu posing..geram tau wana tengok..hehehe..

    ReplyDelete
  3. menarik sangat tempat lahir 3 beradik ni ya mama..lain2 negeri.. :)

    ReplyDelete
  4. semua tempat lain lain tiga beradik ni

    ReplyDelete
  5. yang ke -4 mana pulak la ye..hehe..
    comelnye mereka bertiga..yang kecik tu pandai posing eh

    ReplyDelete
  6. wahhh lain2 tempat best gak tuu hehe

    ReplyDelete
  7. yanh kelantan tu jauh beza loghatnya...hehe...masing2 nanti ic pun lain2 la kan...

    ReplyDelete
  8. ehehehe coming soon yang keempat eh Mama ehehe..
    bagus laaa ada variety sikit Mama no IC semua lelain ehehe..
    nnt da besar bleh citer nape cenggitu kat anak-anak..

    ReplyDelete
  9. hehehe semua lain2 tempat ya.. Eyda semua kedah.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. wah! byk jalan, luas pandangan, bertambah pengetahuan.
    anak2 aida bertiga semua anak melaka :)
    alhamdulillah...
    2 lahir masa aida masih lagi keje swasta.
    izzat lahir aida keje gomen :)

    ReplyDelete
  11. No I/C lain2 la yer? hehehe..geram tgk damia.. :)

    ReplyDelete
  12. Assalam an,
    waaaaaaaaaaaaa
    uols dah plan yang ke 4 yer
    he3
    chaiyok3 he3

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.