:: MALAS BETUL KAU NI ::

Harini cheq jadi malas sangat-sangat. Sebabnya badan terlampau letih. Semalam ja cheq kerja 16 jam berterusan gara-gara PRK kat Chempaka. Sebelum tu 3 malam berturut-turut cheq kerja malam sampai ke pagi. Tak cukup tidur. 

Tengahari tadi lepas ambil kakak kat sekolah, terus cari makan. Lapar weii..baru bangun tidur. Nak cari makanan yang mudah dan cepat, kalau boleh rasa nak makan jer terus dah ada makanan dalam mulut. Nampak tu, betapa malasnya cheq.

Memang kali ni cheq beli dengan drive thru ja. Berhenti kereta betul-betul gerai, bukak tingkap dan buat order. Nasib baik la tauke gerai tu mau layan cheq yang malas ni. Rasanya bukan cheq sorang yang pernah buat gini.

First sekali singgah beli air jambu asam
boi. Kiranya cheq dah jadi pelanggan tetap
air ni dah.

Nikmatnya dapat minum air ais time-time
panas gini.  

Bila dah siap order, tauke gerai tu akan serah makan ikut tingkap kereta cheq plak. Pastinya cheq akan bayar duit cukup-cukup. Kalau ada balance kesian plak dia nak kena berulang alik. Dan tak lupa jugak cheq akan mintak maaf kat dia. I'm sorry akak.


Hebatnya drive thru beli goreng pisang ja.
Hehehehe



Makan tengahari cheq. Malas nak cari nasi. Nanti nak
kena pilih lauk. Malas nak turun kereta. Malas nak cari
parking. Berapa banyak malas la...

18 comments:

  1. memang malas tahap A ni..hahahaha.
    Kitew nak try buat jugak la nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. huhuhu tgk gambar je dah terliur... lagi2 tengah puasa ni

    ReplyDelete
  3. ni namanya super duper malas.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Alahai mama.. Malas tahap gaban dh ni hahaha

    ReplyDelete
  5. hii tuan kedai sabar jer dok layan kot

    ReplyDelete
  6. Badan minta rehat dah tu mama...sian mama keje lama tuh 16jam..

    ReplyDelete
  7. ha ha ha... sesekali drive thru kat gerai, pe salahnya.
    bukannya tak byr kan :)

    pisang cheese ekk ??!
    adumak aii, sedap nyer...

    ReplyDelete
  8. rasa mcm pernah buat dulu sekali. hehe terlambat tapi nak beli makanan jugak :D

    ReplyDelete
  9. ehehee..mama..mamaa...biasalah tu..penat sangat..its ok.. ^^

    ReplyDelete
  10. Hahahaha ayu kalau malas pon macam tu mamafarhana tauu
    heeee

    ReplyDelete
  11. Kekadang pnyakit M tu memang ada..haha

    ReplyDelete
  12. Assalam an,
    bila malas menguasai diri tajuknya kan3 he3

    ReplyDelete
  13. amboi bestnya mama..dah macam drive thru dah tu..hihi

    ReplyDelete
  14. ehehehe jeles mekdi lepas ni.. dia ingat dia je ada drive thru ehehe..
    alaa kengkadang pun kami buat jugak.. especially nak beli surat khabar..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.