Malam minggu haritu, cheq bertugas di stadium. Jaga aman untuk perlawanan bola antara The Red Warrior dengan Felda United. Dah 4 tahun duk kat Kelantan, inilah first time cheq jejak kaki ke dalam stadium.
Jam 5.30 petang, cheq dah terpacak kat stadium untuk dengar taklimat daripada ketua. Selepas tu ambil tempat tugas masing-masing. Cheq ditugaskan dalam dan luar stadium. Kiranya mana-mana cheq boleh pergi. Pukul 6.30 para pemain sampai stadium dengan naik bas. Cheq dah tunggu depan bas nak tengok secara live star-star bola sepak ni. Jakun pulak rasanya.
Khairul Fahmi (apek), Piya dan Fakhri. Tak sempat nak ambil gambar Farhan (Ben 10) |
Selepas maghrib, dalam stadium dah penuh dengan penyokong TRW. Yang beratur nak masuk pun ramai lagi. Punyalah panjang barisannya. Penyokong untuk team Felda United boleh kira jer ada bape orang. Dah nampak terkawal kat luar tu, cheq masuk dalam stadium dengan niat nak tengok perlawanan bola. Nak cari tempat duduk yang tinggi, boleh la nampak keseluruhan padang. Tapi semua tempat memang full, nak menyelit pun tak boleh.
Permandangan dari tempat duduk tinggi, memang puas hati tengok live gini. |
Akhirnya, cheq dapat tempat duduk kat belakang kerusi para pemain. Bola melintas pun tak nampak. Sadis betul. Memang seronok dapat tengok perlawanan bola secara live ni. Perasaannya lain, gemuruh rasanya. Dengan sorakan penyokong. Yang best tu team pasukan sorak. Macam-macam lagu diaorang nyanyi. Dari mula game sampai habis, memang tak reti penat kot.
Perlawanan malam tu pun memang mendebarkan. Separuh masa pertama terikat 0-0, walaupun TRW banyak mengasak. Tetapi masuk separuh masa kedua, nasib menyelebahi Felda United. Syabas Felda United dapat mengekalkan rekod tanpa kalah lagi di musim ini.
Inilah tempat duduk cheq. Jadilah masuk pun free. Jangan nak ngada-ngada sangat. |
Salam mama..blog lama wanie dah kena virus kot..sedihnyaaaa...T_T..
ReplyDeletehttp://kisahatiwanie.blogspot.com/2015/03/segmen-follow-back-kisahati-wanie.html
Wow masuk free hehe :))
ReplyDeleteCalrase Patrick
untunglah face to face ;)
ReplyDeletekita nie tgk kat tv jew
Zumal nie tak pernah tengok bola secara live ^^
ReplyDeleteWow dapat tgk live..Cik Mimie tgk kat rumah je la..hehe
ReplyDeleteuntung laa mama dapat tengok secara live..
ReplyDeleteesok wanie nak tengok live terengganu vs selangor kat stadium shah alam..first time! hehe
ReplyDeletebest nyer !
ReplyDeleteaida pernah skali tgk match bola.
kat stadium merdeka.
zaman belajar dulu...
amboi...seronoknya mama bila dapat tengok live macam ni kan..perasaan tu tak sama macam tengok dalam tv..
ReplyDeleteBest dapat tengok live bola...
ReplyDeletemiahahaha.. okay la tu jejak gak stadium..
ReplyDeleteCT langsung tak penah miahaha..