2 MINGGU BERSAMA CALON-CALON KONSTABEL PDRM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


31 Mac - harini adalah hari terakhir cheq bertugas sebagai LO (lead officer) untuk pengerusi temuduga bagi konstabel polis. Dua minggu di sini, cheq dapat menyaksikan pelbagai ragam calon-calon sebelum masuk ditemuduga. Ada yang pusat lesi muka, toreh pun tak berdarah disebabkan takut. Sebab takut jugak ada yang 2 minit sekali berulang ke tandas.

Itu kisah sebelum masuk bilik temuduga. Kisah selepas keluar dari bilik temuduga pulak, ada calon yang tarik nafas lega, ada jugak yang geleng kepala dan ada jugak yang menangis. Bermacam-macam emosi yang dapat cheq lihat dalam tempoh 2 minggu ni. Diluar ada ibubapa yang menunggu anak-anak mereka dengan penuh harapan. Sedih bila lihat anak diberitahu tidak lulus.



Sepanjang tempoh 2 minggu ni jugaklah, pelbagai jenis panggilan telefon yang cheq terima. Yang berselisih bahu tapi tak pernah bertegur pun, tup-tup telefon cheq minta tolong adjustkan sedara-mara diaorang dalam temuduga ni. Cheq ni memang baik hati tak kisah pun setakat nak tolong sampaikan nama calon tu ke pengerusi. Selain tu, cheq bagi tips dan soalan-soalan yang sering ditanya. Bagi diaorang study dulu. Biar diaorang masuk jawab temuduga ni dengan usaha sendiri tanpa harapkan kabel ja.


Tapi cheq cukup ralat sebabnya dalam ramai-ramai cheq tolong, sorang calon ni tak dapat. Bila cheq tahu dia tak dapat, cheq cari dia kat luar. Ingatkan dia bersedih, rupanya dia gembira sebabnya dia memang tak minat polis ni. Dia datang pun sebab emak ayah dia yang paksa. Emak dia memang berharap sangat dia dapat kerja ni. Sebenarnya budak ni minat dalam bidang masakan. Pernah dapat tawaran sambung belajar dalam bidang kulinari tapi dihalang keluarga. Pernah dapat tawaran bekerja di bahagian dapur atas kapal Star Cruise, jugak dihalang keluarga. Sekarang ni budak ni bekerja di butik cafe di Kota Bharu. Kalau boleh kita sebagai ibubapa ni jangan halang minat anak-anak dan jangan memaksa dia membuat benda yang dia tak suka, nanti anak-anak akan memberontak.

Mulai minggu depan, rutin cheq kembali seperti biasa. Datang kerja awal pagi, masuk meeting pagi, tengok repot polis dan sekali-sekala pergi mahkamah tengok anak buah. Harap-harap orang kat ofis tu masih kenal cheq la.

6 comments:

  1. wah bizinya mama, sue pun nervous time nak kene interview dulu ni tapi takde lah dok ulang alik toilet setiap 2 minit, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nervous tu memang tak boleh lari..hehehe

      Delete
  2. hehe, gitu eh..brsungguh-sungguhlah parents sruh msuk polis..gomen tu hah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye...kebanyakkannya orang-orang Melayu kita. Sebabnya bila kerja gomen ni, memang tak jamin masa depan katanya.

      Delete
  3. polis ni memang keje yg bagus.
    bantu rakyat. jaga keamanan, ann.
    memang la ramai parents suh anak2 jadik polis.
    and bila gi training, secara x langsung anak2 jadi tertib dan disiplin.
    tu yg parents suka :)

    ReplyDelete
  4. bab nak masuk interview nih memang macam2 perasaan ada.. dub dab jantung berdebar2.. ada ibu bapa nak anak2 ikut apa yang daorang nak dari anak2.. dulu ada senior seorang tu ibu bapa dah tetap belajar dalam jurusan apa.. alhamdulillah dia boleh ikut dan dapt keputusan yang baik..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.