BILA SUAMI ISTERI BERKONGSI KERETA

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Alkisahnya pasal cheq dan husband. Kitaorang ni selalu sangat berkongsi kereta. Tapi setiap kali masuk kereta dan duduk kat bahagian pemandu tu, ada ja benda nak kena adjust balik. Selalu sangat kena adjust semula tempat duduk dan cermin pandang belakang. Kalau ikutkan ketinggian tu, memanglah cheq yang katik sikit dari husband tu kena depankan kerusi pemandu tu.

Selalunya cheq akan tukar kereta bila kereta cheq dah nak habis minyak. Punya malas nak berhenti kat stesen minyak, jadi selalu jugak cheq tinggalkan kereta untuk husband cheq isikan minyak. 

Cheq ini kalau bawak kereta lebih selesa kerusi pemandu tu cheq baringkan sikit, manakala husband cheq pula jenis memandu sambil duduk menegak. Pernah jugak cheq cuba bawak kereta dengan kerusi menegak tu tapi sekejap ja, pastu adjust balik. Rasa macam budak baru belajar bawak kereta pulak duk tegak gitu. Husband cheq pula selalu membebel kat cheq kalau duk kena adjust kerusi cheq. Dia kata daripada bawak kereta dengan kerusi camtu, baik baring terus...hehehehe. Masing-masing ada cara sendiri nak bawak kereta ikut keselesaan sendiri.




Dalam hidup berumahtangga, tak semestinya suami isteri kena sehati sejiwa selalu. Masing-masing ada kesukaan sendiri. Sebagai suami kita tak boleh paksa isteri ikut kesukaan kita, begitulah jugak dengan si isteri. Perbezaan inilah kadang-kadang menambahkan kemanisan dalam hidup berumahtangga ni.

8 comments:

  1. teringat parents sy, ayah lah yg isikan minyak kereta mak :D

    ReplyDelete
  2. tau xpe.. kerusi kebelakang sangat..cermin depan tu pon kengkadang kita duduk x nampak dah kat belakang..hahahahhaa.. kadang kereta dah jalan baru perasan xnampak belakang..hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...kalau test ambil lesen, mesti dah fail ni. Adjust kerusi dan cermin pandang belakang tu yang pending sekali.

      Delete
  3. hmmmm aida & asben pun byk yg tak serasi gitu.
    dia lain.
    aida lain.
    nak nak plak da nak masuk 13 thn kawin hmmmm...
    lagi la satu persatu pe'el baru dtg dlm alam perkahwinan ni, ann...

    ReplyDelete
  4. hahaha kalau bertukar2 kereta tu memang inilah yang kita kena hadap.. kekadang banyak kali adjust kerusi baru dapat macam yang kita selesa..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.