7 CARA HARGAI IBUBAPA

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

HARGAI IBU BAPA KITA

Macam-macam cara untuk kita hargai ibubapa kita. Sebagai seorang anak yang meningkat dewasa, sudah tahu akan tanggungjawab untuk bahagiakan ibu bapa sementara mereka masih ada. Macam cheq yang jauh diperantauan ni. Memang teramat rindukan emak ayah dan saudara- mara di kampung. Nak pulak cheq dah berkahwin dengan orang jauh. Cuti balik kampung kenalah bergilir-gilir bagi sama adil. Walaupun berjauhan, tetap ada cara untuk kita menghargai kedua ibu bapa kita. Disini ada beberapa cara untuk hargai ibu bapa yang semua orang mampu laksanakan.

Sekadar gambar hiasan


1. Lemah lembut semasa berbicara
Apabila mereka semakin berumur, mereka lebih sensitif dalam setiap perkara. Jadi, pastikan setiap bicara dijaga dengan elok.

2. Gembirakan hati mereka
Tidak perlu berbelanja besar. Cukuplah kita prihatin terhadap keperluan mereka. Ingat balik di mana mereka memenuhi permintaan kita semasa kita kecil.

3. Doakan mereka
Doa merupakan senjata orang mukmin. Biar beribu batu sekalipun, teruslah berdoa kerana sesungguhnya doa itu tidak mengira sempadan. Tambah lagi jika kita berada beribu batu daripada mereka.

4. Hubungi mereka walau di mana kita berada
Hubungilah mereka sekerap yang mungkin. Mengambil berat tentang mereka adalah tanggungjawab kita. Gunakan kemudahan teknologi yang ada. Jangan jadikan alasan.

5. Hargai mereka semasa hari lahir kita
Biasanya ramai yang menyambut hari lahir dengan kawan-kawan. Apa salahnya kita sambut dengan ibubapa. Katakanlah, "Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan saya".

6. Peluk dan cium mereka selalu
Memang daripada luaran tidak nampak mereka ingin dipeluk dan dicium. Anak dah semakin besar, duduk berasingan. Sudah tentumereka rindu akan pelukan dan ciuman anak-anak.

7. Bawa mereka berjumpa saudara mara dan sahabat lama
Mereka juga mahu melihat dunia luar. Jika tak mampu bawa mereka melancong, cukuplah sekadar bawa mereka berjumpa saudara-mara dan sahabat mereka. Mereka pasti gembira.

Semoga hidup ibu bapa kita semua diberkati oleh Allah SWT. Aminnn




6 comments:

  1. InshaaAllah semoga kita semua dapat menghargai ibu bapa yang telah banyak bekorban untuk kehidupan kita.

    ReplyDelete
  2. no 7 tu mmg betul, suka betul klau bwak berjalan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ayah akak sekarang ni dan tak berapa larat nak berjalan. Kalau akak sekeluarga balik kampung, memang dan cukup seronok Mak ayah tu.

      Delete
  3. in shaa Allah...
    ni pun kena terapkan kat anak-anak, kan.
    apa kita buat kat parents kita, diorang tgk.
    moga2 diorang copypaste.

    ReplyDelete
  4. semoga kita dapat lakukan semuanya untuk ibu bapa kita sendiri..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.