5 TABIAT BURUK DI WAKTU PAGI INI, TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN!

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Setiap kali bangun pagi, apa perkara yang kawan-kawan semua lakukan? Buka ja mata, apa benda pertama yang korang cari? Siapa yang cari telefon bimbit dulu, sila angkat tangan. Sama macam cheq la, sebab telefon bimbit tu dah jadi macam jam dah untuk cheq. Bangun pagi mesti lah nak tengok jam dulu kannn..

Ada beberapa tabiat buruk yang sering kita lakukan, mampu membuatkan kualiti hidup menurun. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. 

1. Memeriksa telefon bimbit
Tabiat buruk di zaman sekarang ni yang selalu kita lakukan adalah mencapai telefon bimbit setiap kali terjaga dari tidur. Tabiat ini sebenarnya mengganggu mood kita setiap pagi. Kajian mendapati tabiat buruk itu akan membuatkan kita rasa tertekan untuk memulakan hari baru.



2. Menonton TV
Ada di antara kita yang celik mata ka terus buka TV. Kesannya sama seperti memeriksa telefon bimbit. Bukankah baik jika kita amalkan aktiviti bersenam apabila bangun dari tidur. Tabiat buruk yang kita lakukan ini, melalaikan dan membuat kita tidak sihat.



3. Mandi dengan air panas
Bila nak mandi setiap pagi ja mesti ramai yang memilih air panas. Memang mengigil habis satu badan kalau mandi air sejuk. Tapi, tahukah kita, mandi dengan air panas membuatkan  badan kita jadi rileks dan malas untuk bergerak? Jadi, segarkan tubuh dengan air sejuk supaya lebih bersemangat!



4. Sarapan tidak sihat
Masalah rakyat Malaysia ialah bila sarapan mesti nak kena  ambik makanan berat dan tidak sihat seperti nasi lemak dan teh tarik. Bila makan makanan berat di waktu pagi, kita akan mudah mengantuk dan kerja pun buat ala kadar ja. Elakkan ambil sarapan tidak sihat dan gantikan sarapan yang tinggi protein.





5. Berus gigi selepas makan
Ni mesti ramai yang selalu buat. Tak elok! Berus gigi selepas makan atau minum kopi, boleh menyebabkan gula yang ada dalam mulut naik ke permukaan gigi. Lama-lama gigi jadi berlubang dan sakit berpanjangan.




9 comments:

  1. No 1 tu jrg2 buat..no 4 tu wajib buat..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ramai jugak yang selalu buat no. 4 tu, hehehe..

      Delete
  2. cek fon awl pg tu mmg rosakkan mood if ada msg yg tak di ingini ..hehe



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

    ReplyDelete
  3. Wana buat yg no.1 tu.tengok jam..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang ni dah tak pasai jam loceng, semuanya bergantung dengan phone ja, kann

      Delete
    2. Zaman sekarang ni dah tak pasai jam loceng, semuanya bergantung dengan phone ja, kann

      Delete
  4. aida tiap hari buat no 1.
    sebab memang tu la jam loceng aida.
    then, ter cek la benda lain :)
    no 4 ~ mengaku ajer la.

    ReplyDelete
  5. no.1 dan 4 buat jugak.. no.1 sebab tengok jam loceng, no.4 sebab nanti kelaparan kalau tak makan berat..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh singgah lah lagi.