TAK PULAK TAKUT

Assalamualaikum...

Malam tadi emosi cheq tak berapa stabil. Habis semua orang kena marah termasuklah anak-anak dan husband, walhal bukan salah depa pun. Untuk elakkan daripada terus marahkan depa, cheq duk buat sibuk dalam bilik. Lepas husband cheq keluar pergi kerja, baru cheq keluar bilik sebab takdak sapa nak tengokkan anak-anak.

Cheq ke dapur nak buatkan air kopi. Tengah pegang gelas kaca, tiba-tiba boleh jatuh pecah berderai. Secara tiba-tiba jugak hati berdebar-debar teringatkan husband. Teringat cerita filem, kalau benda kaca jatuh pecah tanpa sebab maknanya ada petanda buruk.

Cheq terus telefon husband. Lama jugak telefon dia berdering. Hati dah cuak =( . Mujur husband angkat telefon.awe

Wife : Dah sampai ka?
Husband : Baru ja sampai.
Wife : Awat lambat angkat tepon?
Husband : Tengah pakai kasut tadi. Nape tepon?
Wife : Saja ja.
Husband : Ni mesti ada sebab. Nape?
Wife : Nak bagitau gelas abang baru beli tadi dah pecah.
Husband : Macamana boleh pecah?
Wife : Orang bagi pecah. Tengah pegang tiba-tiba jatuh. Dalam cerita melayu, kalau ada benda kaca jatuh pecah, ada benda buruk berlaku.
Husband : Oooo..tepon nak bagitau tu je ka?  Tak plak takut ye...
Wife : Hehehehe....=)

Seterusnya adalah perbualan kami suami isteri. Sebenarnya memang cheq takut sangat malam tadi sebab cheq terlalu ikutkan emosi cheq sehingga menyebabkan cheq lupa perkara wajib yang sentiasa cheq niat. Memang jadi rutin wajib cheq akan sediakan air panas untuk husband minum sebelum keluar kerja. Tapi malam tadi husband cheq bancuh sendiri air dia. Cheq pun tak keluar salam dan cium tangan husband macam selalunya. Husband cheq ada panggil cheq sebelum dia nak keluar tu, tapi cheq tak ambil peduli pun. Akhirnya husband cheq pi camtu ja. Rasa bersalah sangat bila buat kat husband cheq camtu. =( Cheq dah mints maaf pun kat husband cheq.



Agaknya cheq pun dah terpengaruh dengan cerita melayu ni. Tapi takdak salahnya kita sentiasa beringat. Sebolehnya sebelum keluar kerja tu, kita bermaafan dulu. Mana tau kut-kut itulah pertemuan terakhir kita dengan dia. 


4 comments:

  1. alhamdulillah.. bagus laa mcm tu..:)

    ReplyDelete
  2. Sentiasa kena bermaafan antara suami isteri. Mana nak tahu kan. Moga orang yang kita sayang dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ianya tak seperti macam cerita melayu kan.. apapun kena sentiasa bermaaf-maafan ya..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.