MALAM NI BERPERANG LAGI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Minggu lepas dah berperang. Malam ni kami suami isteri sambung lagi berperang. Bukannya perang pakai kayu ka, parang ka..tapi perang mulut. Ni semua pasai bola sepak la. JDT lawan Kedah.



Al maklumlah, husband cheq ni orang Johor, jadi dia punya fanatic dengan team JDT tu tinggi melangut. Kannn semua pemain JDT tu orang tersohor dan ternama. Cheq pun takmau kalah, nak jugak berperang dengan husband cheq, padahal sorang pemain Kedah pun cheq tak kenai.

Minggu lepas Kedah dah menang, berbaloi la cheq berperang pun. Bangga jugak sebab Kedah dah pecahkan rekod JDT yang tak pernah kalah. Malam ni taktau lagi keputusannya. Kita tunggu dan lihat.

3 comments:

  1. Hehe. Seri lah pulak malam ni! Hii. Kalau pergi sekeluarga ke stadium, agaknya kena duduk asing ek? Hihi

    ReplyDelete
  2. La.. Kedah Johor lagi rupanya.. Tak tengok tv pun semalam..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.