TELEFON PINTAR, SATU KEPERLUAN

Assalamualaikum...

Dah lama cheq tak update apa-apa cerita. Selalunya cheq akan update guna telefon ja. Disebabkan telefon cheq dah masuk ICU, tu yang tak dapat nak update. Nak guna laptop, kutnya duk berebut dengan anak-anak.

Dah nak masuk seminggu telefon cheq duk kat klinik tu. Kita telefon tanya, asyik dapat jawapan " masih duk dalam bengkel". Susah jugak bila takdak telefon ni. Memang la ada telefon backup tapi duk nazak jugak. Asyik nak berkepit dengan charger ja. Baru guna 10 minit, nak kena charge balik. Dah la semua urusan kerja guna wassap. Mulalah orang marah kita sebab tak ambik action arahan yang diberi.

Kemuncaknya 3 hari lepas, apabila husband cheq call tak dapat. Lost comunication. Cheq ada kerja, balik lambat dan tak boleh nak bagitau husband, hinggakan dia keluar pergi cari cheq. Sayang jugak kat bini dia ni.

Malam tu jugak, husband cheq keluar pi beli telefon baru kat cheq. Surprise kononnya. Walaupun cheq ada niat nak beli telefon jenama lain, cheq berbesar hati terima pemberian husband cheq ni. Kalau boleh memang takmau menyusahkan husband cheq tu, tapi dah dia beria-ia belikan, cheq terima dengan rela hati.b




5 comments:

  1. wahh.. bestnya dapat handphone baru.. ☺️☺️☺️👍👍

    ReplyDelete
  2. Dah orang belikan, tadah tangan jela. Hihi. Best2 dapat phone baru dan yes, smartphone sekarang satu keperluan..

    ReplyDelete
  3. untungnya dapat hadiah smartphone.. yup sekrang nih telefon pintar dan internet tak dapat dipisahkan..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.