SAMBUTAN BESDAY DAMIA DI TASKA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dari tengahari semalam lagi cheq sibuk dengan sambutan besday Damia ni. Walaupun pihak taska yang anjurkan sambutan ni, ibubapa kena sediakan kek dan juga pakaian berwarna ungu. Tengahari semalam cheq keluar ofis carikan kek yang belum dihias, maknanya nak kek kosong. Baju Damia pun petang tu juga cheq pergi beli. Pagini Damia terlebih excited nak ke taska, dengan berpakaian baru.

Pukul 10 pagi, cheq ke taska Damia untuk sambut besday Damia dan kawan-kawan dia. Sambutan besday ni adalah marahkan besday girl dan besday boy yang lahir bulan Januari hingga April. Rupanya cheq terlambat sikit, tak sempat nak tengok acara tiup lilin dah potong kek. Cheq sampai semua orang dah makan.

Besday girl comot makan kek

Besday girl bersama harganya.

Cheq pun turut dijamu dengan kek besday. Rupanya kek yang ibubapa bawak tu, diaorang cantumkan dan hiaskan sendiri. Patutlah diaorang nak kek kosong ja. Diaorang boleh hias kek tu ikut kreativiti diaorang sendiri.

Kek yang telah cantik dihias.

Selesai makan sambil beramah-mesra dengan guru-guru dan ibubapa yang lain, Damia dibawa untuk sesi fotograpi. Cheq pun diminta bergambar jugak di booth "seiras wajah bonda" bersama Damia.

Posing ntah apa gayanya.

Sama tak muka kami berdua.

Damia dengan kawan-kawan dah
cikgunya.

Selesai sesi bergambar, cheq masuk balik ofis dan Damia sambung belajar. Maknanya  tahun ni Damia sambut 2 kali besday dia. Suka la dia dapat tiup lilin tu.








2 comments:

  1. wah menarik tu kek hias sendiri, comelnye Damia, ada iras muka kak Ann..

    ReplyDelete
  2. Comelnya Damia! Happy birthday cute girl! :)

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.