NIKMATI CONEPIZZA

Assalamualaikum..

Hari minggu yang lepas, kami suami isteri bawak anak-anak jalan-jalan dan pusing-pusing di KB Mall. Sebelum keluar tu, kali dah siap-siap makan tengahari kat rumah. Punyalah nak save budget. 

Dah jalan-jalan, pusing-pusing dalam KB Mall tu, perut rasa lapar balik. Mulanya masuk food court, orang punyalah ramai. Pasti banyak plak makanan dah habis.

Idea lain datang iaitu nak makan conepizza. Booth ni terletak di tingkat 2. Masa kami sampai tu orang tak ramai, jadi cepat boleh order. Pizza ni ada macam-macam perisa. Cheq memang gemar tropical loaded sebab dalam tu ada macam-macam rencah. Untuk anak-anak cheq order creamy chicken ja. Dan lebih murah cheq ambil set combo. Sambil duduk, kami boleh tengok cara pekerjanya buat pizza ni. 

Boleh jumpa booth ni di tingkat 2 KB Mall.

Sambil duduk boleh tengok cara diaorang buat pizza.

Tak sabar anak-anak cheq tunggu order
diaorang siap

Set kombo

Dah nama pun conepizza, of course la pizza ni dalam bentuk kon. Doh pizza tu digulung jadikan bentuk kon manakala isi dalamnya diselang selikan dengan cheese dan perisa yang kita minta. Proses membakar pizza ni pun kejap ja, rasanya dalam 10 minit kut. Tak perasan plak cheq.

Dah siap pesanan kami

Kalau beli set kombo, selalunya akan dimasukkan kedalam kotak. Walaupun berkotak, kena hati-hati sebab panas.

Bersungguh-sungguh kita beradik ni makan.

Suka anak-anak cheq dapat makan. Memang kenyang perut sampai ke malam kalau dapat habiskan satu kon ni.







14 comments:

  1. Last time pergi KB mall masa belajar kat sana dulu. Lama dah. Mesti banyak perubahan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bertambah satu tingkat lagi kat atasnya. =)

      Delete
    2. Dah bertambah satu tingkat lagi kat atasnya. =)

      Delete
  2. Replies
    1. Kena cuba ni. Tak pasti plak kat tempat lain ada ke tak.

      Delete
    2. Kena cuba ni. Tak pasti plak kat tempat lain ada ke tak.

      Delete
  3. wahh lainnya.. tak pernah dgr lg nih.. baru senang nak take away.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bawak pun senang dengan kotak kecik tu.

      Delete
    2. Nak bawak pun senang dengan kotak kecik tu.

      Delete
  4. yummpsss... nmpk sedap tu.. cam ranggup je nampak

    ReplyDelete
  5. sungguh depo tu makan mesti sedap ni hihihihi

    ReplyDelete
  6. nampak sedap jer.. first time tengok piza berbentuk kon nih..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.