ASYIK BELI TUDUNG JA.

Assalamualaikum..

Ni la masalah cheq sekarang ni. Pantang ada orang datang jual apa-apa pun kat cheq, mesti cheq akan beli. Mudah kesian dan tak reti menolak.

Tengah minum kat kantin pagi semalam. Tauke kantin, Kak Ani datang promote tudung la plak. Nak lari dah tak boleh. Dalam hati berbelah bagi tu, cheq duk memilih-milih jugak. Dah terberkenan plak dengan 2 helai tudung ni. Tak pasai-pasai melayang plak duit cheq.



Rasanya dah banyak helai cheq ada shawl warna hijau. Tapi hijau pun macam-macam jenis hijau. Ada hijau tuan, hijau muda, emerald hijau, hijau mint dan macam-macam hijau lagi. Rupanya cheq memang minat hijau.

Sehelai lagi cheq beli tudung bawal. Nak beralih balik ke zaman dulu plak. Yang malasnya tudung bawal ni nak kena seterika ja. 

Kat rumah pun dah takdak tempat nak simpan tudung lagi. Dengan bersangkut, berlipat penuh dalam almari. Husband cheq pun dah takleh kata apa lagi dah. Minat cheq punya pasal.




13 comments:

  1. hahaha.. adatlah tu.. tp kalau husna tak maw, mmg cari alasan jgk lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selalu lari, semalam dah takdak alasan nak lari, hehehe

      Delete
  2. Haha...phm sgt..bli tdung byk tp ade 2-3 lai je jdi feveret. ...yg lain msuk muSeum..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, yang tak pakai lagi pun banyak kat rumah. Hehehe...

      Delete
  3. Replies
    1. Saya pun suka warna tu. Tengok sekali terus berkenan.

      Delete
  4. comelnya corak tudung tu, senang je kantak yah berebut2 nak beli haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau nak beli tudung, saya pergi sendiri. Kalau p dengan husband, payah nak memilih. Semuanya dia kata tak cantik, huhuhu

      Delete
  5. Wanita dan tudung x dapat dipisahkan. Tudung yang bercorak tu cantik mama.

    ReplyDelete
  6. cantik..standard la kalo perempuan..mmg camni kan..
    tp tudung xpe, leh pkai puas2 n bgilir-gilir..

    ReplyDelete
  7. hihihi nama pompuan kan mama ! zaza pun sama.

    ReplyDelete
  8. lawa gak tudung minat hijau kak ann kita

    ReplyDelete
  9. cantik tudung tu.. biasa laa.. pompuan nih dengan tudung memang tak dapat nak dipisahkan.. bulan lepas ada borong tudung..

    ReplyDelete

Sudilah kiranya bagi komen di sini.
Gunakanlah ayat yang menunjukkan anda seorang yang berbudi bahasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau.boleh singgah lah lagi.